KUALA LUMPUR: Pembentangan cadangan penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak akan dilakukan hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sewaktu membentang usul di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ini adalah kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang memerlukan lebih masa bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam.
Menurut Khairy, selepas penelitian dibuat, barulah RUU itu dirasakan sesuai untuk dibentangkan untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.
“Bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undangundang memerlukan lebih masa bagi membolehkan Jawatankuasa ini meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam sebelum menyedia dan membentangkan penyatanya kepada Dewan ini.
“Dan bahawa Majlis membuat ketetapan melanjutkan tarikh bagi Jawatankuasa Pilihan Khas ini membentangkan suatu penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada Rang Undang-Undang tersebut kepada Dewan ini tidak lewat daripada hari Khamis, 6 Oktober 2022,” katanya ketika membaca usul tersebut.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian, berkata, usul tersebut diluluskan.
Khairy, pada 22 September lepas memaklumkan RUU tersebut perlu dinilai semula selepas melihat cadangan pindaan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial Parlimen.
Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat bersetuju mengemukakan usul yang dikenali sebagai Generational End Game (GEG) itu untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.
Perkara itu diputuskan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahas seterusnya digulung oleh Khairy.
Sementara itu, beliau berkata, RUU itu sangat penting memandangkan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape telah menjadi semakin berleluasa terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi penjelasan kepada badan-badan profesional serta badan bukan kerajaan yang lain melalui beberapa siri libat urus tentang mengapa rokok elektronik atau vape perlu dikawal penjualannya sebagai produk tembakau.
Firdaus Azil
Mon Oct 03 2022

Pembentangan cadangan penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak akan dilakukan hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Cadangan penambahbaikan GEG 2022 dibentang minggu ini - Khairy
Jawatankuasa Pilihan Khas perlu lebih masa teliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam.

GEG 2022 masih dalam semakan, harap dapat dibentang di Parlimen Oktober ini - Khairy
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perbincangan berjalan lancar, dan ahli-ahli Jawatankuasa Khas Parlimen sedang meneliti pindaan yang dicadangkan.