Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.
"Ini peringkat cadangan kementerian, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjangan.
"Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik," katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Risda Daerah Padang Terap hari ini.
Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia boleh menduduki semula peperiksaan mereka selepas tempoh penggantungan selesai.
"Semasa tempoh penggantungan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.
"Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya.
Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.
Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhentikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.
Mengenai fenomena air pasang besar, katanya kementerian sedang memantaunya yang membabitkan sekolah.
"Sehingga petang ini fenomena itu masih lagi terkawal dan tidak menjejaskan mana-mana sesi persekolahan. Jabatan Pelajaran Daerah akan melaporkan jika terdapat sekolah yang terjejas," tambahnya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
![Cadangan pembuli digantung sekolah setahun - Mahdzir Khalid Cadangan pembuli digantung sekolah setahun - Mahdzir Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471175677_MahdzirKhalid.jpg)
MAHDZIR: Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik. - Gambar Fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
![MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701680355_DatukSivarajChandr.jpg)
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
![Lima peratus kandungan yang diminta MCMC untuk diturunkan dari media sosial ada unsur buli Lima peratus kandungan yang diminta MCMC untuk diturunkan dari media sosial ada unsur buli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
Lima peratus kandungan yang diminta MCMC untuk diturunkan dari media sosial ada unsur buli
Lima peratus daripada keseluruhan kandungan yang diminta oleh MCMC untuk diturunkan dari media sosial melibatkan hantaran berunsur buli.
![Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Suspek kedua disyaki buli, ugut Esha di TikTok direman 4 hari
Suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.
![Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720432512_TBPuteriMIC.jpg)
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
![Pelajar ditampar senior, cemburu rapat dengan teman lelaki dipercayai punca Pelajar ditampar senior, cemburu rapat dengan teman lelaki dipercayai punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719309176_ditamparsenior.jpg)
Pelajar ditampar senior, cemburu rapat dengan teman lelaki dipercayai punca
Polis sedang menyiasat kes buli membabitkan seorang pelajar perempuan yang dibuli oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah Kerian.
![AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711583761_SuteknoAhmadBelon.jpg)
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
![Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709518609_kementerianpendidik.jpg)
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
![Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
![Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696322297_membunuh.jpg)
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.