Cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah bukti kebocoran maklumat rahsia kerajaan semakin serius, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berpendapat cadangan untuk meminda akta itu bagi tujuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara atau kerajaan jelas membuktikan kerajaan serius untuk menangani permasalahan itu.
"Kita bertanggungjawab menentukan amanah diberikan kepada kita itu harus disimpan baik-baik kerana perbuatan (membocorkan maklumat rahsia kerajaan) itu boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita sebagai mengulas cadangan peguam negara berhubung perkara itu, di sini hari ini.
VIDEO: Hormati keputusan Peguam Negara kaji semula hukuman OSA - Zahid
VIDEO: Jangan politikkan keputusan AG kaji semula hukuman OSA
VIDEO: Rafizi kini terdesak dan takut dengan Pindaan OSA
Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dan memetik Mohamed Apandi sebagai berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Peguam Negara berkata beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.
Mohamed Apandi juga dilaporkan sebagai berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu.
Salleh, yang turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan keputusan peguam negara itu, berkata kerajaan sudah tentu mengalu-alukan dan akan mendengar pendapat pelbagai pihak sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.
"Sudah tentu sebarang cadangan dan pandangan daripada rakyat akan diteliti sebelum sesuatu tindakan diambil, apa yang penting kita tidak harus mempolitikkan isu ini sepertimana ditegaskan timbalan perdana menteri," katanya.
Mengulas pengamal media akan dikenakan tindakan jika melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat diperolehi, Salleh berkata setiap wartawan di negara ini mesti mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaporkan berita dan mereka tidak seharusnya beranggapan tidak boleh mendedahkan sumber maklumat atas alasan menjaga etika kewartawanan.
"Kadang-kadang (berita) ini bocor daripada maklumat kerajaan dan ia (kebocoran maklumat) adalah satu kesalahan. Jika wartawan melaporkan hal-hal yang salah di sisi undang-undang, maka (secara tidak langsung) wartawan terlibat dengan kesalahan itu," katanya.
Bernama
Mon Feb 08 2016

SALLEH: Kita bertanggungjawab menentukan amanah diberikan kepada kita itu harus disimpan baik-baik kerana perbuatan (membocorkan maklumat rahsia kerajaan) itu boleh menjejaskan keselamatan negara. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.

Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.

Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun
JAEA mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya.

Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.

Anwar kenal pasti 'kebocoran' RM3 bilion ke RM4 bilion kepada parti, tokoh politik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenal pasti 'kebocoran' kewangan antara tiga hingga empat bilion Ringgit sejak dua bulan beliau berada di Kementerian Kewangan.

Tiada kesalahan jenayah dalam kes kebocoran klip audio Wisma Putra - Polis
Polis tidak menemukan sebarang kesalahan jenayah dalam siasatan kes kebocoran klip audio yang dikaitkan dengan Wisma Putra.

Pemandu lori maut dalam kemalangan babitkan lima buah lori
Ahmad American Ahmad Danial maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan dua lagi tidak cedera.

Bot karam, 4 nelayan diselamatkan
Nelayan berusia antara 49 hingga 65 tahun terbabit sempat menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mendapatkan bantuan.

20,000 liter minyak masak tumpah, lori tangki langgar tiang plaza tol
Kira-kira 20,000 liter minyak masak tumpah selepas lori tangki membawa muatan itu mengalami kebocoran akibat melanggar tiang Plaza Tol Juru arah utara, di sini, pada Selasa.

Polis Johor sahkan semua aduan Long Tiger ditangani secara profesional
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes-kes yang diadu telah pun dilayan dan disiasat, malah ada antaranya juga sudah dituduh dan dijatuhkan hukuman.