PUTRAJAYA: Sebarang cadangan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bertujuan memperkukuhkan nilai mata wang negara merupakan langkah yang tidak sesuai ketika ini, kerana ia juga akan memberi kesan kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
"Saya ambil maklum ada sesetengah pihak beri komen, saya tak pasti sama ada pihak tertentu ini mahu Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR. Saya jangka itu bukan satu perkara yang akan membantu rakyat pada waktu ini.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cakna mengenai perkara ini dan saya rasa itu bukan langkah baik pada waktu ini. Apapun BNM yang akan putuskan," katanya yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini hari ini bagi mengulas sama ada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu membincangkan mengenai prestasi semasa ringgit namun Fahmi menjelaskan tiada sebarang perbincangan dibuat mengenainya.
Menurut Fahmi, penjelasan mengenai prestasi ringgit telah diberikan oleh Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour semalam dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini
Abdul Rasheed dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata BNM berpandangan bahawa paras ringgit pada masa ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang dan prestasi ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Selain itu, mengenai peletakan jawatan tiga pengurusan kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Fahmi berkata mesyuarat Jemaah Menteri tidak membincangkan mengenainya.
"Perkara ini tidak dibincangkan. Belum lagi...kami menerima pemakluman terkini, apakah statusnya. Tapi saya percaya Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) ada meneliti perkara ini dan sekiranya ada pemakluman nanti, ia akan diumumkan kemudian," katanya.
Sebelum ini, LTAT menyaksikan peletakan jawatan Ketua Eksekutifnya Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Januari lepas diikuti oleh Pengerusi LTAT Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 8 Februari dan pada 20 Februari, Pengarah Kanan Strategi LTAT Dayana Rogayah Omar dilaporkan mengemukakan surat peletakan jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang media Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Cadangan naikkan OPR untuk perkukuhkan nilai ringgit bukan langkah sesuai - Fahmi
Sebarang cadangan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bertujuan memperkukuhkan nilai mata wang negara merupakan langkah yang tidak sesuai ketika ini.