TELUPID: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Selasa ini.
Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata cadangan itu adalah hasil perbincangan pemimpin UPKO bersama beberapa pakar termasuk peguam, bekas majistret serta pakar perakaunan, percukaian dan pengauditan.
"Perbincangan bagi menentukan mekanisme (pembayaran 40 peratus) perlu dibuat di antara kerajaan Sabah dan Persekutuan. Justeru kita akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri pada Selasa ini.
"Kita perlu tampil dengan satu mekanisme yang memudahkan semua pihak (kerajaan Persekutuan dan negeri) untuk melaksanakan apa yang tertunggak sejak 1974," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran UPKO di sini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berharap kerajaan negeri akan mengemukakan mekanisme baharu kepada kerajaan Persekutuan dan seterusnya mendapat maklum balas positif.
"Kita maklum ramai pemimpin dari Sabah pernah duduk di dalam kabinet Persekutuan dan pada saya, ini satu tanggungjawab besar, sebab itu saya mengambil inisiatif sendiri dengan sokongan parti untuk mencari cadangan mekanisme untuk perkara ini," katanya.
Mengenai kemasukan semula bekas pemimpin dan ahli parti itu ke dalam UPKO, Ewon berkata parti itu sentiasa terbuka dan mengalukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti itu terutama dalam kalangan belia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Datuk Ewon Benedick berkata cadangan itu adalah hasil perbincangan pemimpin UPKO bersama beberapa pakar termasuk peguam, bekas majistret serta pakar perakaunan, percukaian dan pengauditan. - Gambar fail
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Cadangan mekanisme bayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan pada Selasa - Ewon
Cadangan itu adalah hasil perbincangan pemimpin UPKO bersama beberapa pakar termasuk peguam, bekas majistret serta pakar perakaunan, percukaian dan pengauditan.