Kertas kabinet berhubung cadangan penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan akan dibentangkan minggu hadapan, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata majlis yang akan dianggotai lima hingga tujuh pakar pelbagai bidang itu akan berperanan sebagai badan penasihat, penyelesai masalah dan pemikir dalam melonjakkan penyampaian sektor penjagaan kesihatan.
"Ahli majlis tidak semestinya (ahli) perubatan tetapi ada juga ahli ekonomi. Kita akan pilih yang paling baik di kalangan terbaik bagi memperkasa Kementerian Kesihatan serta menjadikan ia bertaraf berkelas dunia," katanya dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.
Menurutnya, tempoh menunggu bertemu doktor yang lama terutamanya pakar, bekalan ubat-ubatan terganggu dan kesesakan di kemudahan kesihatan antara fokus utama untuk ditangani dalam operasi perkhidmatan kesihatan.
Selain itu, katanya tempoh menunggu siasatan lama serta peningkatan kos penjagaan kesihatan terutama di sektor swasta turut diberi perhatian.
Dzulkefly berkata Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Rakyat dan ia akan menempatkan lebih ramai doktor untuk meningkatkan keupayaan operasi.
"Penempatan lebih ramai doktor tidak menjadi masalah kerana kita menghasilkan kira-kira 5,000 doktor setiap tahun, cuma fasiliti untuk menempatkan mereka kurang," katanya.
Berhubung peruntukan kerajaan bagi kesihatan, Dzulkefly berkata kementerian itu memerlukan peruntukan lebih tinggi bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terus diperkasakan.
"Dalam tempoh lima tahun ini, diharap sektor kesihatan dapat menyumbang sekurang-kurang enam hingga tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Dzukefly berkata Skim Peduli Sihat yang ditangguhkan sementara, diharap dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019.
Skim itu membabitkan cadangan pemberian RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) merupakan antara janji 100 hari Pakatan Harapan.
Bernama
Tue Jun 05 2018
![Cadangan Majlis Penasihat Kesihatan ke Kabinet minggu depan Cadangan Majlis Penasihat Kesihatan ke Kabinet minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51465998546_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Dzukefly berharap Skim Peduli Sihat yang ditangguhkan sementara, dapat dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2019. - Foto fail Bernama
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
![Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737111399_TBDOUBLETREE.jpg)
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
![Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733552146_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
![Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733884281_DzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
![Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733226765_FasilitiKesihatanr.jpg)
Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
![Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724050087_Vape.jpg)
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
![Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731419794_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
![8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly 8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728225159_TBDZULROKOK.jpg)
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
![Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040 Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728101628_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
![KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719733297_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
![3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly 3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716619743_DzulkeflyAhmad.jpg)
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).