JOHOR BAHRU: Cadangan bagi menangani isu kesesakan jalan raya seperti mengehadkan usia kenderaan 10 tahun, perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan ia isu yang agak kompleks selain memerlukan pemahaman dan penelitian.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, hal ini kerana bagi melaksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.
Beliau berkata ketika ini negara masih dalam proses ke arah untuk menyempurnakan jaringan sistem pengangkutan awam antaranya menerusi pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT).
"Kami terima pandangan, tetapi akhirnya kita kena buat keputusan, apa yang saya hendak maklumkan kepada semua, penyelesaian bukan satu, banyak lagi yang perlu kita lihat.
"Pertama, betul kalau hendak suruh orang jangan pakai kereta, tetapi kita mesti ada jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih sempurna, sekarang kita masih dalam proses untuk menyempurnakannya," kata Wee selepas menyempurnakan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen Johor Bahru Sentral, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, yang memberi cadangan agar kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dan dilupuskan, bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.
Sementara itu, Wee berkata pendaftaran kereta di Malaysia lebih 34 juta dan hanya dua pertiga daripada kira-kira 22 juta sahaja yang masih aktif.
"Kalau kita hendak buat apa juga dasar, saya memang dalam bidang pengangkutan dan saya terima pandangan, kerana kalau setiap negara seperti Singapura, ia kecil dan kena kawal pemilikan kereta, di Malaysia tidak.
"Saya kenal pasti, antaranya ada orang hendak simpan nombor (pendaftaran) kenderaan bapa, maka dia masih guna pakai, barangkali tidak (lagi berada) di atas jalan. Bayangkan kalau kita buang sahaja nombor itu, akan bercelaru sistem kita, kerana cerapan data pendaftaran perlu dibuat lengkap dan tidak datang sebarang masalah," katanya.
Justeru, Wee berkata penyelesaian sesuatu perkara itu perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Wee Ka Siong berkata, jika mahu laksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Cadangan had usia kenderaan perlu dilihat secara menyeluruh - Wee Ka Siong
Wee Ka Siong berkata, jika mahu laksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.