Beberapa cadangan baharu di dalam bidang ekonomi dan perdagangan yang bermanfaat untuk Malaysia dan Brunei dibangkitkan pada pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di sini pada Selasa.
Wan Azizah berkata ia termasuk cadangan mewujudkan kerjasama di antara dewan perniagaan Malaysia dengan dewan perniagaan Negara Brunei Darussalam.
"Ia merupakan usaha berterusan Kerajaan Malaysia yang baharu dalam mengukuhkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dan strategik," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, malam tadi.
Beliau yang tiba di sini pagi Selasa sedang dalam lawatan rasmi selama dua hari di Brunei, yang merupakan salah satu dari lawatan pengenalan beliau ke negara-negara Asean.
Beliau berkata sesi pertemuan dengan Sultan Brunei telah dimanfaatkan untuk menyatakan dengan lebih lanjut berkaitan dasar-dasar Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
Katanya beliau turut sependapat dengan Sultan Brunei, bahawa hubungan Malaysia dan Brunei ketika ini berada ditahap yang terbaik.
"Baginda menzahirkan bahawa baginda mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akan berjumpa dengannya di mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 pada 5 Mac ini di Putrajaya," katanya.
Wan Azizah berkata isu-isu serantau yang melibatkan peranan Malaysia, seperti peranannya dalam membantu pelarian Rohingya menerusi aktiviti kemanusiaan dengan penubuhan Hospital 'Medan' Malaysia di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh, turut disentuh dalam pertemuan itu.
Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei yang juga menteri bertanggungjawab mengenai wanita, keluarga dan masyarakat, Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Abidin, Wan Azizah berkata antara yang dibincangkan adalah usaha meningkatkan lagi kerjasama golongan wanita dan belia antara kedua-dua negara.
"Kami juga bertukar-tukar pandangan berkaitan amalan terbaik bagi dasar-dasar yang dapat membantu golongan warga emas… ia termasuk (pandangan mengenai) usaha-usaha yang telah dan boleh dilaksanakan bagi membantu persediaan golongan wanita untuk menyertai pasaran tenaga kerja," katanya.
Wan Azizah berkata beliau turut menawarkan kerjasama dari Malaysia untuk membantu Brunei dalam usaha berkaitan rehabilitasi golongan berkeperluan khas serta usaha memerangi jenayah siber lebih-lebih lagi yang melibatkan perlindungan kepada kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 26 2019
Dr Wan Azizah menghadap Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, pada Selasa, sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari. --fotoBERNAMA
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
PM Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Brunei dari 25 hingga 26 Ogos bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) ke-25 antara Malaysia dan Brunei.
Putera Mahkota Brunei tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.
Putera Mahkota Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 17 hingga 21 Ogos.