SHAH ALAM : Had umur persaraan pekerja di Malaysia dicadangkan kepada 62 tahun bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi sebagai bekalan selepas bersara.
Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, alasan jika pelanjutan usia persaraan bakal menyebabkan kadar pengangguran meningkat tidak relevan kerana ekonomi semasa semakin berkembang dan secara tidak langsung peluang pekerjaan terus terbuka.
“Kerajaan dicadangkan menaikkan had umur persaraan kerana kebanyakan rakyat berada di paras kemiskinan.
“Bila kita cerita tentang wang persaraan tidak cukup, mahu atau tidak kumpulan ini tetap perlu bekerja bagi memastikan kelangsungan hidup,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 416 bertajuk Potongan Kek Ekonomi Lebih Adil pada Selasa.
Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi dan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Sementara itu, menyentuh mengenai pemberian subsidi oleh kerajaan, Muhammed berkata, ia perkara penting bagi memastikan kumpulan layak menerima bantuan itu terus dibantu.
"Subsidi kepada yang kaya tak perlu, baik subsidi langsung seperti subsidi minyak, mahupun subsidi tidak langsung pelepasan cukai kepada mereka yang membeli EV (kenderaan elektrik) .
"Kenapa Makcik Kiah membeli Axia (Perodua Axia) kena bayar cukai, tapi orang kaya beli EV kereta yang berharga 10 kali lebih mahal tidak perlu? Hapuskan sahaja subsidi tidak masuk akal sebegini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023
Muhammed Abdul Khalid berkata, alasan jika pelanjutan usia persaraan bakal menyebabkan kadar pengangguran meningkat tidak relevan kerana ekonomi semasa semakin berkembang dan secara tidak langsung peluang pekerjaan terus terbuka.
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Cadang had umur persaraan 62 tahun
Had umur persaraan pekerja di Malaysia dicadangkan kepada 62 tahun bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi sebagai bekalan selepas bersara.
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Lebih 1 juta sertai protes bantah reformasi pencen di Perancis
Lebih 1 juta rakyat Perancis menyertai protes menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64.