Seorang remaja hilang empat jari selepas belerang mercun yang diletakkan di dalam sebuah botol meletup di Kampung Baloh di sini
Belerang mercun bola diletakkan di dalam botol itu kerana mahu berjimat sebelum ia meletup kira-kira jam 9 malam, Sabtu minggu lalu.
Mangsa yang berusia 13 tahun berkata dia bersama beberapa rakannya membuka semula 20 mercun bola manakala belerangnya diletakkan dalam botol, lapor Sinar Harian.
"Kami mahu kumpul belerang sebab ada sesetengah mercun tidak meletup selepas dinyalakan.
"Kami mahu nyalakan bunga api dengan meletakkan belerang atas kertas tapi api yang dicucuh menyambar botol.
“Cacat dah aku, itu sahaja yang mampu saya kata kepada rakan-rakan yang ada di situ.
"Saya menyesal sebab saya dah jadi orang kurang upaya (OKU) ketika berusia 13 tahun,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2 di sini hari ini.
Menurutnya pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas itu, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan-rakannya bermain mercun di padang sebelah kawasan perkuburan di kampung datuknya.
"Masa itu orang ramai sembahyang tarawih dan saya tidak sedar masa berlalu dengan cepat kerana terlalu leka bermain mercun.
"Saya kidal dan selepas ini terpaksa belajar untuk menulis gunakan tangan kanan. Saya sangat menyesal dan berjanji tidak akan bermain mercun lagi," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa berusia 50 tahun berkata ketika kejadian dia sedang tidur di rumah di Kampung Sokor, kerana seharian mengalami sakit kepala.
Menurutnya, dia tidak sedar anak bongsu daripada tiga beradik itu keluar dan hanya mengetahui kejadian tersebut selepas diberitahu penduduk kampung.
“Kakaknya dah larang dia main mercun selepas ternampak Mohammad Iqhbal pegang plastik mercun bola tetapi nasihat itu tidak dipedulikan.
“Saya harap ia jadi iktibar kepada anak-anak yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya.
Astro Awani
Sun May 26 2019
Mangsa (kiri) menunjukkan tangan kirinya yang berbalut. -Foto Sinar Harian
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
'Cacat dah aku' - Mangsa kesal hilang empat jari akibat mercun
Mangsa, Mohammad Iqhbal Anuri, 13, berkata, dia bersama beberapa rakannya membuka semula 20 mercun bola manakala belerangnya diletakkan dalam botol.