KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya bagi menguruskan kes pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas COVID-19 Greater Klang Valley, Datuk Dr Chong Chee Keong menjelaskan, pemantauan kes-kes sedemikian akan dibuat secara maya tanpa keperluan hadir ke CAC secara fizikal.
"HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau lain-lain aplikasi dan ia sah dari segi undang-undang.
"Walaupun tidak diberi gelang tetapi dari segi undang-undang mereka terpaksa berada di rumah... isolasi di rumah," katanya semasa sidang media khas pada Khamis.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kehadiran pesakit di CAC sedia ada dapat dikurangkan seterusnya mengelak kesesakan.
Sebelum ini, Ketua Penyelidik Pengujian Kebolehgunaan Pendidikan Pusat Kecemerlangan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Shamsul Arrieya Ariffin berkata, kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya aplikasi serta teknologi untuk dalam isu kesesakan CAC, akhir-akhir ini.
Jelasnya, ia termasuk menaik taraf aplikasi MySejahtera seperti yang dilakukan dalam proses pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Sebelum ini, tular gambar serta rakaman video memaparkan keadaan sesak ribuan orang beratur panjang di CAC Dewan Sukan Klang dan Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Penyebaran gambar dan video disertai pelbagai kapsyen itu menggambarkan keadaan sangat serius, sehingga ada yang menyifatkannya sebagai 'medan perang', mencetus kebimbangan orang ramai.
Astro Awani
Thu Jul 15 2021
Dr Chong menjelaskan, pemantauan kes-kes tidak bergejala akan dibuat secara maya tanpa keperluan menghadiri secara fizikal di CAC. - Gambar/ BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Majikan diminta terima salinan sijil digital HSO, RO - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan ramai pesakit datang ke CAC akibat majikan mereka tidak menerima sijil digital, sebaliknya meminta notis secara bertulis.
COVID-19: Kategori 1, 2A tidak perlu ke CAC - Dr Noor Hisham
Individu yang positif COVID-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Pulau Pinang tubuh Pasukan Bertindak Kecemasan Negeri
Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan sebuah pasukan khas iaitu Pasukan Bertindak Kecemasan Negeri khusus bagi menggerakkan sumber perlu untuk menghadapi tempoh endemik.
CAC maya bantu kurangkan kesesakan di CAC fizikal - Dr Adeeba
Dengan CAC maya itu, pesakit asimptomatik atau bergejala ringan, serta mereka yang perlu menanggalkan gelang merah jambu tidak perlu lagi ke CAC.
CAC secara maya untuk pesakit tidak bergejala - Dr Chong
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan diadakan secara maya bagi menguruskan kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
Keadaan di CAC Stadium Melawati Shah Alam terkawal
Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam pada Khamis lebih terkawal berbanding beberapa hari lalu.
Aplikasi dan teknologi tidak digunakan sepenuhnya untuk CAC - Penyelidik
Kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya aplikasi serta teknologi untuk dalam isu kesesakan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akhir-akhir ini.
Ebit Lew sumbang kelengkapan kepada CAC Stadium Titiwangsa
Dari Malaysia sehinggalah ke luar negara, bantuan disalurkan tanpa mengira batas agama dan jarak perjalanan.
COVID-19: 1,000 hingga 1,300 penduduk Hulu Langat positif setiap hari di CAC Kajang Utama
Ribuan penduduk di Hulu Langat hadir di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Dewan Komuniti Taman Kajang Utama setiap hari untuk menjalani proses penilaian.
CAC Andalas akan dipindah jika tidak berfungsi dengan baik
Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata penilaian untuk pemindahan ke lokasi baharu akan dibuat dalam masa 14 hari.