Kumpulan enam pendaki Kembara Srikandi Prihatin (KSP) yang telah berjaya menawan puncak gunung Elbrus di Rusia selamat tiba di tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Selain anggota keluarga dan sahabat handai, kumpulan terbabit turut disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden Persatuan Kembara Malaysia, Tan Sri Khalid Yunos.
Kesemua pendaki berada dalam keadaan yang baik dan sihat walaupun terpaksa menempuh cabaran yang sukar ketika pendakian pada 2 September lalu.
Bukan itu sahaja, cuaca buruk serta terpaksa melakukan pendakian dalam keadaan suhu 15 darjah di bawah paras beku, hujan, salji serta banjir lumpur yang melanda memburukkan lagi misi pendakian mereka yang turut disertai oleh satu lagi kumpulan pendakian dari Malaysia iaitu Team One.
Menurut Ketua Kumpulan tersebut, Ummu Farahaidar Zulkifli, atas sebab risiko keselamatan berikutan cuaca buruk itu lima pendaki lain dari kumpulan itu terpaksa berpatah balik dan menyaksikan hanya beliau dan tujuh pendaki daripada Team One yang mampu meneruskan pendakian ke gunung yang berketinggian 5,642 meter itu.
"Berikutan faktor-faktor ini pemandu gunung dan juga penyelaras program kami membuat keputusan setelah melihatkan keadaan mereka untuk membawa mereka turun ke base camp kerana kami tidak berkompromi tentang keselamatan mereka. Ia adalah keputusan yang terpaksa diambil memandangkan cuaca yang buruk sepanjang pendakian.
"Pendakian juga terpaksa bergerak perlahan dan lebih buruk apabila banjir lumpur berlaku selepas pendakian menyebabkan bekalan makanan, gas dan elektrik terputus selepas selesai pendakian. Kami mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk sampai ke puncak iaitu dua jam lewat daripada sepatutnya gara-gara cuaca teruk,” kata Ummu Farahaidar.
Lima lagi pendaki yang terlibat dalam ekspedisi tersebut ialah Fazilah Abdul Manan, bekas pesakit kanser Rene’e Aziz Ahmad, Nurul Huda Shamsuddin, Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Nir Azmin.
Gunung Elbrus merupakan salah satu gunung tertinggi di Eropah yang terletak di Rusia.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 05 2017
Enam pendaki ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) (dari kiri) Nurul Huda Shamsuddin, Fairul Asmaini, Ummu Farah Haidar Zulkifli, Fazilah Abd Manan, Rene'e Aziz Ahmad dan Nir Azmin Adnan tiba di KLIA hari ini. - Foto Bernama
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Cabaran Elbrus sangat berisiko, syukur kami selamat pulang - Pendaki
Ummu Farah, 30, menjadi wakil tunggal ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) berjaya menawan puncak gunung setinggi 5,642 meter.