Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang berlaku di Utara Sumatera jam 2.05 petang waktu tempatan turut dirasai di beberapa kawasan di Pulau Pinang.
Antara yang merasai gegaran, adalah pekerja yang bertugas di Bangunan NB Tower, Butterworth dan penuntut Penang International Dental College selepas bangunan 21 tingkat itu seolah-olah bergoyang kira-kira jam 2.10 petang.
Juruteknik, Mohamad Nor Aimran Elias, 28, memberitahu suasana cemas berlaku apabila beberapa kakitangan yang berada di tingkat 18 hingga 21 NB Tower terasa gegaran menyebabkan ramai yang turun untuk keluar dari bangunan.
Sebagai juruteknik, dia mengambil langkah awal dengan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk memastikan tahap keselamatan di bangunan tersebut.
"Dalam pukul 2.15 (petang) macam tulah ada berlaku sedikit macam situasi mencemaskan di aras tingkat 18 hingga 21, macam bangunan bergoyang. Masa tu kita tak tahu lagi adakah struktur bangunan atau gempa yang berlaku.
"Lepas tu kita turun dan buat panggilan kecemasan kepada pihak bomba untuk memastikan kawasan kita selamat. Masa kejadian, kita ambik inisiatif keselamatan dengan kosongkan bangunan," ujar juruteknik, Mohamad Nor Aimran Elias.
Turut menceritakan situasi cemas itu ialah kakitangan pejabat peguam di tingkat 16, Abdul Mujib Mohd Jan, 28, yang ketika itu sedang mengerjakan solat Zuhur.
Menurutnya, ketika dalam rakaat kedua, dia mula terasa badan bergoyang tetapi meneruskan solat hingga selesai.
"Ketika jam 2.06 petang, kami digemparkan dengan satu bencana iaitu gempa bumi yang mana goyangannya memakan masa hampir 30 saat. Ketika itu kami sedang solat Zuhur secara berjemaah dan semasa rakaat kedua rasalah gegaran itu. Badan kami goyang-goyang dan ketika itu kami dapat maklumat dalam pukul 2.30 untuk turun," ujarnya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang serta Jabatan Kerja Raya (JKR) yang membuat pemeriksaan di bangunan tersebut mengarahkan semua kakitangan turun jam 2.30 petang.
Mereka kemudian dibenarkan pulang jam 4 petang dan tiada kecederaan dilaporkan.
Kakitangan yang bertugas di NB Tower turut menerima kesan gegaran susulan gempa bumi di Sumatera dengan kejadian paling teruk dilaporkan pada 2011 yang menyebabkan ada kesan retakan pada bangunan.
Astro Awani
Tue Jan 07 2020
Sebahagian daripada orang ramai yang keluar dari bangunan sejurus merasai gegaran. - Foto: Ihsan pembaca
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Dinding penahan tanah runtuh, terasa seperti gempa bumi kecil - Mangsa
Seorang peniaga Azmi Baharudin berkata runtuhan itu menyebabkan lantai rumahnya yang berada di belakang dinding penahan berkenaan bergegar.
Gempa bumi 6.8 pada skala Richter landa selatan Filipina
Gempa berlaku pada 6.22 pagi waktu tempatan pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 66 kilometer timur laut bandar pesisir Lingig.
Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru
USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica.
Gempa bumi lemah dikesan di Ranau
Pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.
Vietnam rekod hampir 100 gempa bumi pada Julai
Vietnam mengalami hampir 100 gempa bumi di seluruh negara pada Julai.
Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.
Pantai barat Semenanjung Malaysia rasai gegaran gempa bumi di selatan Sumatera
Ini selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 4 pagi tadi.
Penduduk Flat Pudu Impian rasai gegaran gempa bumi
Kawasan penduduk di Flat Pudu Impian, Jalan Cheras turut merasai gegaran gempa bumi yang melanda Indonesia.
Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
Gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan.