KUALA TERENGGANU:Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menjirus air kencing ke dalam bekas kuih milik seorang peniaga di Kampung Manir minggu lalu.
Mohd Hafizi Mohd Sabri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Dia didakwa melakukan khianat dengan cara menjirus air kencing ke dalam bekas kuih yang diletakkan di atas meja niaga sebuah kedai makan di Kampung Manir kira-kira jam 5.30 pagi 23 September lalu.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohinadin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 9 November depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta kes.
Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga tidak menyangka kenalannya sanggup mencurahkan air kencing ke dalam bekas kuih di atas meja jualan di kedai makan miliknya.
Perbuatan itu hanya diketahui peniaga terbabit selepas menerima tiga video rakaman kamera litar tertutup (cctv) di kedai makannya, yang dikongsi adik lelakinya.
Nur Fazlizai Ali
Tue Oct 27 2020

Tertuduh (dua dari kiri) didakwa melakukan khianat dengan cara menjirus air kencing ke dalam bekas kuih sebuah kedai makan di Kampung Manir. -Astro AWANI

Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik
Mohd Said Bani merupakan pengamal komunikasi pertama dari Malaysia menerima anugerah itu.

"Aidilfitri tidak bermakna tanpa abah dan abang"
Nur Atiqah Qistina sebak mengenangkan kesungguhan arwah abangnya mengadakan persiapan menyambut lebaran.

Jenazah dua beranak rentung kemalangan di Tapah selamat dikebumi
Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie Abdul Aziz, 23, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai.
Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan sehingga 80,000 kenderaan
Terengganu dijangka sesak apabila menerima kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Melaka tawar parkir percuma, pengangkutan raya
Kerajaan Melaka mengumumkan parkir percuma selama tujuh hari dan pengangkutan khas untuk pelajar kelahiran Melaka yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga
Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju menghentikan serangan terhadap kemudahan tenaga Ukraine selama 30 hari, tetapi menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai langkah ke arah perjanjian damai kekal.
PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki tempatan yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran pada Ahad lalu.
Polis kesan lelaki 46 tahun dilaporkan hilang di Kelana Jaya
Polis sedang mengesan Chia Lee Tuan, seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 Mac lalu di Petaling Jaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Hubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob, di talian 011-61363848 atau 03-78062222.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Hubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob, di talian 011-61363848 atau 03-78062222.

Indikasi kebakaran kargo cetus respons kecemasan MH720
Malaysia Airlines sahkan MH720 dalam perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan respons kecemasan susulan petunjuk kebakaran di ruang kargo.
Lelaki warga emas didakwa hari ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa menampar bukan Muslim kerana makan di tempat awam pada Ramadan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan mencederakan mangsa.

Buruh mengaku salah jirus air kencing dalam bekas kuih peniaga
Mohd Hafizi Mohd Sabri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.