Seorang buruh binaan dijumpai mati dalam keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan pisau di luar premis sebuah pusat hiburan di Jalan Haji Ahmad, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Tan Yee Chuan, 31, dari Taman Tas di sini dipercayai diserang dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan pisau kira-kira jam 3.45 pagi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, ketika kejadian mangsa bersama rakannya yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang berbual di luar premis berkenaan.
Tiba-tiba muncul dua lelaki yang menyerang mereka sebelum seorang suspek bertindak menikam mangsa dan melarikan diri.
"Rakan mangsa membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian perut.
"Dua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Cina berdasarkan kepada bahasa Kantonis dituturkan mereka ketika kejadian.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Zaizul Zakaria di talian 013 9823630.
Noraniza Kamsani
Thu Oct 19 2017
Keadaan mangsa, Tan Yee Chuan, 31, yang maut selepas ditikam dan diserang dua lelaki bertopeng di luar premis sebuah pusat hiburan di Jalan Haji Ahmad di sini, awal pagi tadi. -Foto ihsan PDRM
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Polis tahan buruh binaan, rampas senapang tiruan buatan sendiri
Polis menahan seorang buruh binaan dan merampas selaras senapang tiruan buatan sendiri dalam serbuan di sebuah kebun getah di Kampung Kubang Perun, Arau malam tadi.
Pekerja kontrak maut ditikam, rakan larikan diri
Seorang pekerja kontrak ditemukan maut dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, kira-kira jam 2 pagi Ahad.
Buruh binaan cuba "suap" polis dipenjara empat bulan, denda RM10,000
Seorang buruh binaan dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menawarkan suapan kepada anggota polis di Langkawi tahun lepas.
Pelajar tingkatan enam maut dalam kemalangan ketika hendak ke sekolah
Seorang pelajar perempuan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, pagi tadi.
Buruh binaan didakwa bunuh penjual pisang goreng
Tertuduh didakwa membunuh Chor Kuok Kuan, di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam pada 12 September lalu.
Buruh mengaku rogol penjawat awam, ceroboh rumah mangsa
Hassan mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Buruh binaan dikenakan bon kelakuan baik kerana rogol kekasih
Seorang remaja lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun selepas mengaku bersalah merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun, pada 2021 lalu.
Buruh binaan pukul ibu saudara ditahan
Seorang buruh binaan ditahan kerana disyaki memukul ibu saudaranya selepas berlaku perselisihan faham di sebuah rumah di Jalan Maju Utama, di sini, pada Ahad.
Buruh binaan warga Indonesia maut digilis lori
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki Rohingya didakwa lakukan amang seksual
Mengikut pertuduhan, lelaki etnik Rohingya itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 8 bulan.