Bursa Malaysia memulakan dagangan bagi bulan Mei dengan dibuka rendah pagi ini sejajar dengan prestasi lemah di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
Pada 9.07 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 29.35 mata atau 2.09 peratus kepada 1,378.43 daripada paras penutup 1,407.78 pada Jumaat.
Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 486 berbanding 75, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,106 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 419.38 juta saham bernilai RM181.48 juta.
Sentimen pasaran terjejas oleh situasi perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang tercetus semula apabila Presiden AS Donald Trump mengenakan semula ancaman ke atas China dengan mendakwa negara itu menyebarkan pandemik COVID-19 dan mengancam tarif perdagangan.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiTrade Stephen Innes berkata penyambungan semula perang perdagangan akan menjejaskan harga minyak bagi tempoh jangka masa panjang.
"Bagaimanapun dengan permintaan yang masih belum pulih, sebarang petanda pengimbangan semula sama ada menerusi pembukaan semula ekonomi atau pengurangan lagi bekalan, dijangka menyokong harga minyak pada paras semasa," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Penanda aras harga minyak mentah Brent, turun 2.72 peratus kepada US$25.72 setong.
Di pasaran tempatan, dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank turun 20 sen kepada RM7.37, TNB susut 12 sen kepada RM12.12, Public Bank berkurangan 30 sen kepada RM16.08, IHH Healthcare jatuh 14 sen kepada RM5.11, Petronas Chemicals turun 16 sen kepada RM5.44 manakala Maxis susut lapan sen kepada RM5.40.
Dalam kalangan kaunter cergas, Key Alliance, Hibiscus Petroleum dan Ekovest semuanya turun setengah sen masing-masing kepada sembilan sen, 48.5 sen dan 48.5 sen, manakala Sapura Energy, Hubline dan Xidelang tidak berubah pada 8.5 sen, 5.0 sen dan 6.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 174.7 mata kepada 9,633.88, Indeks FBMT 100 susut 172.71 mata kepada 9,504.5, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 190.71 mata kepada 10,699.43, FBM ACE jatuh 74.62 mata kepada 4,720.48 manakala FBM 70 jatuh 88.03 mata kepada 11,572.2.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 232.67 mata kepada 12,240.24, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.42 mata kepada 118.02 manakala Indeks Perladangan jatuh 142.93 mata kepada 6,218.09.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020

Sentimen pasaran terjejas oleh situasi perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang tercetus semula apabila Presiden AS Donald Trump mengenakan semula ancaman ke atas China. - Bernama
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

China pertimbang kenakan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS sebagai tindak balas - Laporan
China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.