GOMBAK: "Nasib saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi (penggera) jam, jika tidak mungkin saya juga turut rentung dalam kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu.”
Demikian luah Muhamad Eruwan Kadis, 39, jiran kepada dua beradik yang maut dalam kebakaran di rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut, di sini pada awal pagi Isnin.
Menceritakan detik mencemaskan itu, bapa dua anak itu berkata, dia tersedar daripada tidur tepat jam 3.30 pagi kerana bunyi penggera jam yang ketika itu tidur seorang diri di ruang tamu rumahnya.
Menurutnya, asap sudah memenuhi ruang rumah sebaik sahaja dia membuka mata dan kemudiannya bingkas bangun ke arah bilik namun melihat api merebak dari arah belakang.
"Panik dengan situasi itu, saya terus masuk ke bilik pertama untuk mengambil barang-barang dan dokumen penting, mujurlah saya sempat membawa barang-barang itu keluar.
Dalam pada itu, Muhamad Eruwan berkata, disebabkan terlalu panik, dia mengakui tidak sempat untuk berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri memandangkan api merebak begitu pantas.
“Nasib baik anak dan isteri saya balik ke Jerantut, Pahang dua minggu lalu, jika mereka ada bersama, saya tidak dapat bayangkan bagaimana hendak menyelamatkan nyawa mereka dalam masa yang sangat singkat.
“Bagaimanapun, saya bersyukur berjaya menyelamatkan diri walaupun terpaksa tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal yang menjadi tempat kami berteduh selama ini,” ujarnya.
Pemandu lori itu berkata, dia turut bersimpati terhadap nasib jirannya yang kehilangan dua anak akibat kebakaran itu dan lebih memilukan dua mangsa terbabit adalah rakan sepermainan anaknya.
“Dua mangsa yang meninggal dunia itu adalah kawan-kawan anak saya dan mereka selalu bermain bersama,” katanya yang masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggungnya.
Dalam kejadian tersebut, mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa keluar rumah.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.54 pagi tadi.
Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 02 2023
Muhamad Eruwan menunjukkan tempatnya tidur di ruang tamu rumah ketika kebakaran berlaku. - Foto Sinar Harian
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
'Bunyi jam selamatkan nyawa saya'
"Nasib saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi (penggera) jam, jika tidak mungkin saya juga turut rentung dalam kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu.-