PUTRAJAYA: Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur 12 tahun lalu terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mereka dengan penjara 36 tahun.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan K. Annamah, 47, dan G. Puganeswaran, 34, di bawah Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 17 Feb 2012 serta mengarahkan Puganeswaran disebat sebanyak 12 kali.
Terdahulu, peguam A. Saha Deva memohon hukuman mati terhadap Puganeswaran diketepikan kerana anak guamnya tidak berada di lokasi ketika kejadian sebaliknya insiden itu hanya melibatkan Annamah dan empat remaja lain.
"Tidak ada bukti yang menunjukkan kewujudan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan diguna untuk membayar remaja bawah umur itu," katanya yang memaklumkan mahkamah bahawa Annamah turut didera oleh si mati.
Peguam Wan M.Razali Wan A.Kadir pula berkata peranan Annamah adalah minimal kerana anak guamnya hanya memberi isyarat dengan membuat 'missed call' kepada Puganeswaran sebelum membuka pintu rumah untuk membenarkan keempat-empat remaja bawah umur itu masuk.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati atas alasan pembunuhan mangsa telah dirancang dengan teliti malah Annamah mengkhianati perkahwinannya apabila menjalin hubungan dengan Puganeswaran.
"Pembunuhan ini dilakukan melalui konspirasi dengan memanipulasikan empat remaja bawah umur untuk melakukan rancangan jahat mereka dan Puganeswaran menjanjikan bayaran RM5,000 sebaik sahaja mereka selesai melakukan kerja dan bayaran itu dibuat menggunakan simpanan KWSP si mati," katanya yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol.
Pada 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Puganeswaran dan Annamah bagi kesalahan membunuh pemandu lori G. Ganesan, 31, dengan menikam mangsa yang sedang tidur dalam bilik sebuah flat di Petaling Jaya pada 2.47 pagi 16 Feb 2012.
Hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masing-masing pada 2018 dan 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan K. Annamah, 47, dan G. Puganeswaran, 34. - Foto Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bunuh suami ketika tidur: Hukuman mati bekas pasangan kekasih diganti penjara 36 tahun
Seorang suri rumah dan bekas kekasihnya yang didapati bersalah membunuh suami wanita itu ketika mangsa sedang tidur terlepas tali gantung.