KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan ikat jamin ke atas finalis sebuah program realiti masakan MasterChef Malaysia, Etiqa Noorashikeen Mohd Sulong selepas dia dan suami didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Disember lalu.
Tiga Hakim Lee Swee Seng, Supang Lian dan M. Gunalan membenarkan ikat jamin itu atas alasan kesihatan.
Keputusan itu dibuat ketiga-tiga Hakim dalam prosiding yang diadakan secara dalam talian selepas mendengar hujah peguam bela tertuduh, Datuk Seri K. Rakhbir Singh serta Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.
Memetik laporan The Star, Rakhbir memberitahu, beliau mengemukakan rayuan ikat jamin itu memandangkan anak guamnya mengalami masalah psikiatri.
Beliau juga mengemukakan rayuan bahawa kedua-dua anak kembar Etiqa adalah autistik sementara kedua orang tuanya tidak sihat untuk menjaga anak tertuduh.
Susulan itu, Rakhbir berkata, ketiga-tiga hakim mendapati ada merit pada rayuan itu dan membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Etiqa juga diarahkan untuk melapor diri pada tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang setiap hari Isnin.
Pada 29 Disember lalu, Etiqa dan suami, Mohammad Ambree Yunos, 40 tahun menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan ke atas pembantu rumah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di rumah mereka di kondominium yang terletak di Jalan Lintas Lido dekat sini, antara 10 hingga 13 Disember lalu.
Sebelum ini, Rakhbir mengemukakan rayuan ikat jamin di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi bagaimanapun kedua-duanya ditolak.
Astro Awani
Tue Apr 26 2022
Etiqa (kiri) bersama peguam, Rakhbir Singh di Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Suami isteri ke tali gantung bunuh pembantu rumah warga Indonesia
Hukuman dijatuhi setelah hakim berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.