Seorang ahli perniagaan maut selepas terjun dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di USJ 19 di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun itu ditemui di kawasan tempat letak kereta oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Muhammad Azlin Sadari berkata, di tempat kejadian, polis menemui beberapa botol minuman keras serta pil yang dipercayai dadah.
Siasatan mendapati mangsa membunuh diri kerana mengalami masalah rumah tangga dan pemeriksaan juga mendapati tiada unsur jenayah.
“Hasil siasatan teliti yang kita buat bersama pihak forensik menunjukkan ini kes bunuh diri. Kejadian berlaku sekitar 8.10 pagi, terdapat CCTV (kamera litar tertutup) yang merakam insiden.
“Mangsa ditemui dalam kedudukan terlentang, hampir rata jatuhnya. Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan dari serangan senjata,” kata Muhammad Azlin ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Astro Awani
Wed Jul 27 2016
Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui di kawasan tempat letak kereta oleh pengawal keselamatan yang bertugas. - Astro AWANI
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
638 kes bunuh diri dalam 7 bulan, meningkat hampir 60 peratus
Daripada Januari hingga Julai 2021 sejumlah 638 kes bunuh diri dilaporkan PDRM berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 58.9 peratus.
Bunuh diri di pusat beli-belah Subang Jaya
Seorang ahli perniagaan maut selepas terjun dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di USJ 19 pagi tadi.
Pakar psikologi 'on-call' dicadang bantu bomba kendali kes bunuh diri
Pakar Psikologi dari Universiti Malaya berkata, kes cubaan bunuh diri sepatutnya dikendalikan kaunselor atau pakar psikologi bagi memastikan teknik memujuk suspek berjaya.