PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan, kerana membunuh rakan sekampungnya dengan melanggar dan menggilis mangsa dengan sebuah kereta, sembilan tahun lepas.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, membuat keputusan itu selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka, bagi menggantikan hukuman mati Azami Mohamed, 49, dengan hukuman penjara.
Panel tiga hakim itu memutuskan demikian susulan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lepas, yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun bagi menggantikan hukuman mati mandatori.
Bapa tiga anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Okt 2014.
Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Mohamad Zabidin berkata tiada kesilapan dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang mendapati perayu (Azami) bersalah atas tuduhan membunuh.
"Namun, mahkamah bersetuju dengan peguam agar perayu diberi peluang kedua. Oleh itu, mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan," kata hakim itu.
Pada 23 Nov 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati selepas menolak rayuan Azami terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Julai 2019, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Azami didapati bersalah atas kesalahan membunuh Rohadi Yaakob, 49, seorang pesawah di jalan raya Kampung Jelapang, Sungai Tong, Setiu, pada 6 petang, 2 Okt 2014.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah bahawa mahkamah perlu mengambil kira 35 kecederaan dialami mangsa di bahagian kepala dan badan, selain perayu mempunyai niat membunuh.
"Semasa kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara perayu (Azami) dan si mati, yang mana perayu berkata "aku akan tepuh mu (langgar mu) sampai mapuh (mampus/mati)".
"Perayu juga telah melanggar si mati yang ketika itu menunggang motosikal, menyebabkan mangsa melambung sehingga enam hingga tujuh kaki dan jatuh ke atas jalan raya," katanya.
Peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab, mewakili perayu pula memohon mahkamah memberikan peluang kedua terhadap anak guamnya dengan menggantikan hukuman mati dengan hukuman pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
"Anak guam saya mempunyai tiga anak. Sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Dia juga tidak mempunyai rekod lampau," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Bapa tiga anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Okt 2014. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.