KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 tahun, serta isterinya Murni Ahmad, 40 tahun, yang juga ibu tiri mangsa selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Beliau bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka, Siti Sarah Anuar, 26, dan adiknya Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.
Mengikut pertuduhan, empat beranak itu didakwa telah membunuh seorang remaja perempuan yang bernama Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman.
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.
Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.
Astro Awani
Sun Feb 28 2021
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.
Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan keluar kenyataan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan
Keputusan representasi dikemukakan Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Jan depan.
Pekerja syarikat pelaburan didakwa salah guna wang syarikat RM400,000
Seorang pekerja syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM400,000, dua minggu lepas.
'Sampai hati mereka buat ayah saya macam itu' - Anak Sabari
Suraiya Izzaty, 29, anak sulung pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang maut dipercayai dibunuh, bulan lalu, menyatakan kesedihan dengan kejadian itu.
Pendakwaan pertikai cuti sakit, Tun Daim masuk hospital
Pihak pendakwaan bagi kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sijil cuti sakit dan ketidakhadiran bekas Menteri Kewangan itu di mahkamah.
Jurukimpal mengaku miliki item berkaitan Daesh dalam telefon bimbit
Seorang jurukimpal mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan Daesh dan perbuatan pengganas dalam telefon bimbitnya, Mei lepas.
Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 di Mahkamah Majistret hari ini.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.