SHAH ALAM: Letupan yang berlaku hingga menyebabkan bumbung sebuah kereta Perodua Myvi berlubang di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, dekat sini, pada awal pagi 17 Feb lalu dipercayai berpunca daripada bahan letupan berasaskan belerang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian letupan pada jam 3.50 pagi itu berlaku ketika pemilik kereta berusia 35 tahun itu berada di ruang tamu rumah dan dimaklumkan oleh isterinya yang ternampak percikan api di atas kereta mangsa.
"Selang dua minit, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang bungkusan keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan di luar rumah yang dipenuhi asap dan kemudiannya terus menghubungi pihak polis," katanya, dalam kenyataan, pada Sabtu.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumahnya berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam.
"Pemeriksaan dalam kereta tersebut tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah mendengar satu bunyi letupan yang kuat sekitar jam 3.50 pagi," katanya.
Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom mendapati pembuatan bahan letupan itu adalah dari individu yang mempunyai pengetahuan tentang bom manakala bahan letupan adalah dari jenis 'low explosive', iaitu serbuk belerang.
Mohd Iqbal berkata teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan tersebut adalah teknik bakar kerana polis menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut namun tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian.
Mohd Iqbal berkata setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohammad Khairi, di talian 012-2666025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Siasatan polis mendapati, Myvi yang diparkir di hadapan rumah mangsa berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam. - Foto PDRM
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Bumbung Myvi berlubang dipercayai terkena bahan letupan jenis belerang - Polis
Setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.