Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.05 pagi, kebanyakan pelajar dan guru baru tiba untuk memulakan sesi pembelajaran.
Bagaimanapun secara tiba-tiba angin kencang berserta hujan lebat melanda dan menerbangkan bumbung di lima blok bangunan sekolah kluster itu.
![Foto Astro AWANI](http://img.astroawani.com/2018-09/71537770486_freesize.jpg)
Lima pelajar cedera dilaporkan akibat terkena serpihan bumbung berkenaan.
Mangsa yang terdiri daripada pelajar perempuan dari Tingkatan 3, 5 dan 6 itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.
Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
![Foto Astro AWANI](http://img.astroawani.com/2018-09/51537770470_freesize.jpg)
![Foto Astro AWANI](http://img.astroawani.com/2018-09/41537770423_freesize.jpg)