KUALA LUMPUR: 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang ditamatkan pengajian akan diterima meneruskan pengajian di sekolah harian.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, bagaimanapun setiap pelajar terbabit akan menjalani proses intervensi serta kaunseling di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
"Kita di sekolah (harian) menerima murid ini tetapi bukan sekadar menerima sebab ada rekod.
"Kita akan pantau mereka dan beri kaunseling, kita tidak boleh biarkan (sahaja) mereka masuk sistem sedia ada.
"Perlu ada sistem pemantauan rapi, intervensi daripada kaunselor agar timbul kesedaran dalam kalangan murid ini," jelasnya.
Tambah Mohd Radzi, pihak sekolah berkenaan akan mengambil pendekatan yang diperlukan bagi memantau pelajar itu.
"Dalam konteks buli di sekolah biasanya ia tidak berlaku seorang murid dengan seorang, tapi seorang dengan ramai.
"Bila mereka ini seorang, mereka tidak berani pun,tetapi merebak, berani bila seorang berhadapan dengan ramairamai kerana mereka rasakan seperti satu kumpulan.
"Apabila berpecah ke sekolah-sekolah lain, mereka sedari tindakan itu tidak betul dan kaunselor memainkan peranan memantau murid ini," katanya lagi.
BACA: Kes buli MRSM Kuala Kangsar: 10 pelajar ditamatkan pengajian - KP Mara
BACA: Ditegur jangan tonton video lucah punca kes buli MRSM - Ketua Polis Perak
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya pada Khamis.
Selasa lalu, 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar ditamatkan pengajian selepas didapati terlibat dalam kes buli seorang pelajar.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Displin Pelajar MRSM.
Ia selepas satu video tular di laman sosial memaparkan seorang pelajar sedang dibuli sekumpulan pelajar lain di dalam bilik asrama.
Isu terbabit kemudiannya membawa kepada penahanan kesemua suspek bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Fareez Azman
Thu Dec 16 2021
Mohd Radzi berkata 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar yang ditamatkan pengajian akan menjalani proses intervensi serta kaunseling di sekolah-sekolah ditetapkan. - Foto BERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang
Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi IPT.
Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Kes buli UPNM: Polis tunggu laporan perubatan, ambil keterangan 16 individu
Polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.