September 2018.
Walaupun selepas enam tahun peristiwa itu berlaku, proses pemulihan masih banyak yang perlu dilakukan dan sehingga kini, masih ramai anak-anak yang tidak dapat ke sekolah kerana kekangan fasiliti yang masih belum dibaiki.
Selepas semakan yang kami lakukan, terdapat tiga fasiliti pendidikan yang perlu dibaik pulih di bawah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, dan juga tambahan empat fasiliti pendidikan di bawah Kementerian Agama Indonesia.
Fasiliti pendidikan yang perlu dibaiki ini meliputi daripada peringkat prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi di sekitar Kota Palu dan Kabupaten Sigi.
Projek ini akan berlangsung selama lima bulan bermula September 2024 sehingga Januari 2025 sehingga projek pemulihan selesai. Palang Merah Indonesia (PMI) juga perlu memberikan laporan kewangan bulanan kepada pihak BSMM mengenai perbelanjaan yang mereka gunakan dalam proses pemulihan di kedua-dua kota ini.
Acara penyerahan cek simbolik antara Hakim Hamzah, Setiausaha Agung BSMM dan A.M. Fachir, Setiausaha Agung PMI telah berlangsung di Bintang Bali Resort, Bali pada 5 September 2024, bersempena dengan Mesyuarat Pemimpin-peminpin Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Asia Tenggara yang sedang berlangsung, yang turut disaksikan oleh Pengerusi BSMM, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Setiausaha Agung BSMM
Hakim Hamzah