KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19.
Majlis pelancaran berkenaan dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen tempatan negara.
Orang ramai juga boleh membaca buku panduan berkenaan menerusi laman web yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran buku berkenaan.
Kandungan buku berkenaan antara lain mengandungi jenis-jenis vaksin yang digunakan kerajaan, fasiliti disediakan untuk menyimpan vaksin di seluruh negara, pengambilan vaksin dari sudut pandangan agama serta panduan imunisasi.
Semalam menerusi infografik yang dimuat naik oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pelan imunisasi itu merangkumi penerangan mengenai empat komponen utama iaitu bekalan vaksin, kumpulan sasaran fasa pemberian vaksin, lokasi dan kaedah pelaksanaan program serta tenaga kerja pelaksanaan program imunisasi berkenaan.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Majlis pelancaran dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen tempatan negara. - Gambar fail
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan.
76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.
Vaksin COVID-19: 37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos - JKJAV
Setakat semalam juga, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 29,886,548 dos.
Libatkan DBP untuk santuni masyarakat berkaitan vaksin - Prof Madya Jessica
Perkara ini bagi memastikan maklumat disampaikan lebih jelas dan tidak berlaku ketidaksantunan Bahasa ketika krisis ini
Jawatankuasa bersama Armada, Srikandi Muda bantu lancar proses suntikan vaksin
Penubuhan Jawatankuasa Kerja bersama Armada dan Srikandi Muda membantu kerajaan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dalam melancarkan proses vaksinasi di PPV.
Pendidikan alaf baru: Kandungan perlu kreatif, inovatif dan dinamik
Kandungan pendidikan perlu profesional selain perlu ada ruang interaktif yang membolehkan pelajar bertanya kepada pengajar.
Vaksin COVID-19: Jumlah suntikan harian mencapai angka 157,949
Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai angka 157,949 pada Khamis.
Pastikan keterbukaan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan Parlimen hibrid
Kerajaan perlu memastikan keterbukaan dan prinsip kesaksamaan dipraktik dalam sidang Parlimen hibrid yang masih dalam tempoh kajian ketika ini.
Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.
Vaksin COVID-19: Lebih 400,000 terima dos kedua, 8.94 juta telah berdaftar
Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469 diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Sabah (56,184).