KUALA LUMPUR: Penggunaan semula buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) lama oleh bakal pemandu adalah tidak sesuai mengambil kira peraturan dan persekitaran jalan raya yang sentiasa berubah dan dinamik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata, ini kerana terdapat beberapa perkara berkaitan undang-undang dan pemanduan sentiasa perlu dikemas kini dalam buku KPP dari semasa ke semasa.
"Penggunaan semula buku KPP tersebut bagi pelajar-pelajar baharu adalah tidak memenuhi kehendak dan hasrat kerajaan untuk menjadikan buku tersebut sebagai rujukan tetap setiap pemandu atas jalan raya," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Lau Hui Yew yang bertanyakan mengapa setiap pelajar institut memandu dikehendaki membeli sebuah buku KPP yang berharga RM13 dan mengapa buku lama tidak boleh digunakan semula.
Wee berkata, buku KPP telah distrukturkan mengikut keperluan pembelajaran teori dan praktikal pemanduan selamat yang juga rujukan asas dan wajib kepada semua bakal pemandu serta pelatih yang boleh digunapakai secara berterusan.
Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan setiap pemilik lesen mempunyai satu buku KPP sebagai satu daripada inisiatif kerajaan ke arah melahirkan pemandu lebih berhemah, kompeten serta celik undang-undang dan peraturan jalan raya.
"Setiap buku KPP yang dibeli dilengkapkan dengan nombor siri bagi setiap satu buku kepada setiap calon. Calon perlu membeli buku KPP tersebut bagi mendapatkan nombor siri untuk menduduki Ujian Bahagian I," jelasnya.
Menjawab soalan tambahan Lau mengapa buku tersebut tidak disediakan dalam bentuk salinan lembut dan diberikan secara percuma, Wee berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan.
"Oleh kerana ingin mencantumkan dari segi teori dan praktikal, berdasarkan kepada satu buku KPP dan dengan nombor siri itu diletakkan maka kalaulah kita hendak menanda seseorang itu dengan nombor siri maka kita kena buat cara itu (dalam bentuk buku).
"Tetapi ada kemungkinan alam maya ini kalau ia boleh dipermudahkan dan menjimatkan rakyat kita akan mengkaji. Ini adalah sebahagian daripada subset kita untuk kita membuat pendigitalan perkhidmatan JPJ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Wee Ka Siong berkata, terdapat beberapa perkara berkaitan undang-undang dan pemanduan sentiasa perlu dikemas kini dalam buku KPP dari semasa ke semasa. - Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Buku KPP lama tidak sesuai untuk bakal pemandu - Wee Ka Siong
Terdapat beberapa perkara berkaitan undang-undang dan pemanduan sentiasa perlu dikemas kini dalam buku KPP dari semasa ke semasa.