Waktu operasi premis perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Pengurusan Krisis WPKL (CMCWPKL) yang bersidang pada 11 September.
Kenyataan itu berkata keseragaman waktu itu adalah bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan lain-lain agensi.
"Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama lain-lain agensi telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.
"Hasil pemantauan yang dilaksanakan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP ini masih perlu ditingkatkan," menurut kenyataan itu, hari ini.
BACA: Restoran, kedai serbaneka dibenar beroperasi sehingga 2 pagi - Ismail Sabri
Pada 10 September lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam yang ditetapkan sebelum ini.
Beliau dilaporkan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini selepas menerima banyak aduan pemilik premis yang pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.
Sehubungan itu, DBKL memohon kerjasama pemilik, pengendali premis perniagaan dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan serta kekal mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal apabila berada di tempat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020
Ismail sebelum ini mengumumkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi. -Gambar fail
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
Bukan 2 pagi, waktu operasi premis perniagaan di KL kekal 12 tengah malam
Waktu operasi premis perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).