Kerajaan berhasrat untuk menanam nilai murni "membenci rasuah" di kalangan pelajar sekolah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, kementeriannya dan SPRM sebelum ini telah memperkenalkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di pusat-pusat latihan guru serta Institut Pendidikan Guru di seluruh negara, dan ia menunjukkan hasil positif.
Bagaimanapun, Puad berkata kerajaan ketika ini masih belum membuat keputusan samada akan menjadikannya satu mata pelajaran teras.
"Rasuah bukan sahaja melibatkan menangkap dan pendakwaan tetapi ia juga mesti dilakukan melalui pendidikan, terutama di peringkat awal. Oleh itu, sekretariat ini adalah satu langkah yang positif dan proaktif," kata Puad.
Ketika ini terdapat 27 sekretariat anti-rasuah yang berpangkalan di pusat-pusat latihan guru di seluruh negara.
Selain itu sekretariat ini akan bekerja rapat dengan SPRM untuk memberi pendedahan kepada bakal guru-guru tentang isu-isu berkaitan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
Guru-guru yang dilatih akan mengajar nilai-nilai ini kepada pelajar secara berperingkat kemudian.
"Latihan ini akan memberi banyak kesedaran kepada pendidik masa depan kita untuk mengajar anak-anak muda di sekolah," katanya.
"Kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia dan SPRM adalah wadah terbaik untuk memastikan bahawa nilai-nilai seperti membenci rasuah dipupuk dalam generasi muda kita dalam usaha kita untuk mempunyai sebuah negara bebas rasuah."
Puad menjelaskan ketika ini, pelajar sudah diterapkan tentang budaya anti rasuah dalam mata pelajaran seperti Pengajian Islam, Pendidikan Sivik dan Moral.
Ditanya samada ini akan dijadikan subjek wajib untuk pelajar, Puad berkata bahawa pada ketika ini, ia akan hanya diterapkan dalam subjek lain seperti Pendidikan Moral dan Pengajian Islam.
Walau bagaimanapun, Puad tidak menolak kemungkinan akan diadakan perbincangan lanjut untuk menjadikannya sebuah subjek teras.
"Sehingga kini, kita tidak mempunyai satu subjek teras berkaitan rasuah. Belum. Tetapi kita sudah bersedia untuk menerima input mengenai bagaimana kita boleh memperbaikinya," katanya.
Puad berkata bahawa adalah lebih sesuai dan berkesan untuk menyemai nilai-nilai melalui aktiviti ko-kurikulum.
"Jika kita membuat ia menjadi subjek wajib kita perlu mengambil kira kos dan masa. Jika kita menambah satu lagi subjek wajib, maka pelajar mungkin perlu untuk pulang lewat dan semua itu."
Sebelum ini, inisiatif sekreteriat itu telah dilaksanakan di 20 universiti awam sejak 2007.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bahawa kesannya di universiti adalah positif. Satu kajian impak pada tahun 2011 menunjukkan bahawa kefahaman mengenai rasuah meningkat kepada 80.4% daripada 48.6%.
Sekretariat ini adalah salah satu initiatif NKRA mengenai rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan 2.0.
Program yang hampir sama juga telah dilaksanakan di beberapa negara di rantau ini seperti Singapura, Brunei dan Hong Kong.
Teoh El Sen
Tue Jan 22 2013
![Budaya anti rasuah mungkin jadi subjek teras di sekolah Budaya anti rasuah mungkin jadi subjek teras di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358847117_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615807374_TSAbuKassim.jpg)
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
![PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606192302_MuhyiddinYassin.jpg)
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
![SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494825509_MohamedApandiAli.jpg)
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
![Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562065738_ABUKASSIM.jpg)
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
![Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569210101_TBAHMADSAIDHAMDAN.jpg)
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
![Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568696869_TBSPRM.jpg)
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
![Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562065738_ABUKASSIM.jpg)
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
![Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450939668_ABUKASSIM.jpg)
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
![Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561718043_ABUKASSIM.jpg)
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
!['Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah 'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529645411_SHUKRIABDULL.jpg)
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.