KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Kosogoh Salong Pagalungan pada Isnin lalu.
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu telah terkena tembakan di bahagian kepala daripada senapang buatan sendiri jenis 'pump gun' oleh rakannya yang bermain bersamanya.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, susulan kejadian itu seramai tujuh individu telah ditahan dan satu senjata api turut dirampas untuk siasatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan. -Gambar hiasan/Getty Images/iStockphoto
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Pemimpin ekonomi dunia berkumpul di World Economic Forum (WEF) 2025 untuk membincangkan cabaran global. IMF Chief Kristalina Georgieva memuji kejayaan menurunkan inflasi tanpa kemelesetan, sementara Presiden ECB Christine Lagarde menekankan kepentingan institusi antarabangsa dan perdagangan terstruktur. Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menyeru usaha mengelak pemecahan dunia menjadi blok ekonomi.
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan sehingga November 2024.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Topi ‘Canada Is Not For Sale’ tular
Ancaman lisan Donald Trump terhadap Kanada telah mencetuskan idea kreatif seorang usahawan, selepas pendekatan konfrontasi presiden baharu Amerika Syarikat itu menginspirasikan tindakan balas simbolik.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Israel tangguh pengunduran tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel dijangka melebihi tempoh 60 hari pengunduran seperti dalam gencatan senjata. Netanyahu dakwa perjanjian belum dilaksana sepenuhnya oleh Lubnan.
Arab Saudi usaha hapus sekatan ekonomi Syria
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, seru kerjasama antarabangsa untuk membatalkan sekatan ekonomi Syria demi aliran pelaburan dan pembangunan semula negara itu.
Putin sedia berunding dengan Trump, seru penyelesaian perang
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Presiden AS, Donald Trump, mengenai isu penting, termasuk perang Ukraine, bergantung kepada pentadbiran AS.
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Peneroka maut tertembak: Kemalangan kendali senapang buatan sendiri - Polis
Polis berkata ia berdasarkan siasatan di lokasi kejadian, yang turut menemukan senapang dipercayai digunakan mangsa, Mohamad Omar, 67.
Dua lelaki miliki senapang angin ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menyerbu stor pada jam 12.30 tengah hari Ahad dan menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun.
Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.
Polis tahan dua warga Indonesia, rampas empat laras senapang
Polis menahan dua suspek berusia 24 dan 28 tahun dan menemukan dua laras senapang bakakuk dan dua senapang guli serta 58.89 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,500.