KOTA MARUDU: Selepas sembilan jam bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Kota Marudu di sini pada awal pagi Selasa.
Mangsa, Rebecca Grace Tintingon, 9, dilaporkan meninggal dunia pada jam 2 pagi selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit dalam kejadian di Jalan Rakit, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.55 petang membabitkan kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandu wanita berusia 48 tahun dan lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 43 tahun.
"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori dari arah Kampung Talantang menuju ke Langkon dengan membawa muatan kelapa sawit manakala kenderaan pacuan empat roda pula dipandu dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan lori sebelum lori tersebut terpusing dan terbabas di kiri jalan dan pacuan empat roda terbalik di kanan jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, akibat kejadian itu menyebabkan seramai sembilan mangsa telah dikejar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Kesemua mangsa termasuk kedua-dua pemandu dan penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.
"Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang juga merupakan anak pemandu kenderaan pacuan empat roda dilaporkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital," katanya.
Zairolnizal berkata, punca kemalangan dipercayai pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlakunya pertembungan.
"Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Rakit, Kota Marudu. - Sinar Harian
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Budak perempuan maut kemalangan selepas 9 jam bertarung nyawa
Selepas sembilan jam bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menerima rawatan.