AYER KEROH:Suspek lelaki yang juga bapa tiri kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera, dalam kejadian tragis minggu lalu, pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali ketika diminta mengesahkan perkara itu memaklumkan suspek pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu.
“Buat masa ini kita masih lagi sedang melengkapkan kertas siasatan dan terdapat beberapa perkara kita perlu teliti lagi.
“Pihak polis sahkan memang suami dia pernah didakwa di mahkamah tahun lalu kerana memukul isterinya yang juga suspek wanita yang kita tahan berkait kes dera ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini pada Khamis.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan suspek lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya direman selama tujuh hari sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, pasangan suami isteri direman
BACA: Budak maut dalam tong air: Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, mungkin sudah lama meninggal dunia - Jiran
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada suspek yang juga bapa tiri mangsa memaklumkan anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.
Jenazah yang dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Jasin pada Isnin.
BACA: Dua anak suspek masih ditempatkan di Hospital Melaka
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong selamat dikebumi di Jasin
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 04 2021

Dalam kejadian petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada suspek yang juga bapa tiri mangsa memaklumkan anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Lemas dalam tong: 26 April sebutan semula kes kanak-kanak 7 tahun maut didera
Ia bagi menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa yang berusia 7 tahun.

Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Kedua-dua suspek itu dijangka akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Reman ibu kandung, ayah tiri dilanjutkan
Lanjutan tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Polis sedang lengkapkan siasatan
Siasatan lanjut sedang dilakukan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan susulan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

"Umi akan selalu ziarah adik" - Ibu angkat
Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada kanak-kanak malang reda tidak dapat bawa pulang jeanazah untuk dikebumikan di Rawang, Selangor.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Terlalu awal untuk kaitkan kes dera - Polis
Polis berkata, berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kurang dari dua jam sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Bedah siasat temui pelbagai kesan kecederaan
Polis mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baharu dikesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Kerajaan akan segerakan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak - Rina Harun
Kerajaan akan menyegerakan pertambahan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM ambil hak jagaan sementara dua adik kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera
JKM Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.