SHAH ALAM: Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihak polis turut menahan bapa kanak-kanak terbabit berumur 49 tahun di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada pukul 1.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video yang ditularkan menerusi media sosial berdurasi 1.21 minit.
"Klip berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna 'silver' yang dipercayai berlaku pada Jumaat lepas kira-kira pukul 6 petang.
"Bertindak atas maklumat, pihak IPD Klang Selatan membuat serbuan di sebuah rumah di Pandamaran hari ini. Polis menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video yang ditularkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua individu serta kenderaan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
Cha berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 APJ 1987 iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.
"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak leka dan sentiasa mengawasi gerak-geri anak masing-masing supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
![Budak lelaki 11 tahun tular pandu kereta ditahan Budak lelaki 11 tahun tular pandu kereta ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686488748_TBbudak.jpg)
Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lepas, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini. - Foto Sinar Harian/media sosial
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720228883_Minum.jpg)
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
![Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar
Kerajaan perlu bertegas dengan pengendali platform media sosial dan meletakkan mereka bersama-sama bertanggungjawab untuk menapis kandungan yang dimuat naik.
![Pempengaruh dikecam bawa kekasih berjalan atas duit Pempengaruh dikecam bawa kekasih berjalan atas duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719795304_wang.jpg)
Pempengaruh dikecam bawa kekasih berjalan atas duit
Kosenko menghamparkan bungkusan duit seperti permaidani dan kemudian kekasihnya melangkah demi selangkah keluar dari helikopter itu.
![Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Insiden bas Genting: Industri pengangkutan perlu ketatkan langkah keselamatan - Lee Lam Thye
Industri pengangkutan tempatan digesa mengetatkan langkah keselamatan jalan raya berikutan nahas bas di Genting Highlands hari ini, kata seorang aktivis sosial terkenal Tan Sri Dr Lee Lam Thye.
![Hannah harap isu pakaian rasmi kontinjen negara tidak berpanjangan Hannah harap isu pakaian rasmi kontinjen negara tidak berpanjangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719266014_Pakaianrasmikontin.jpg)
Hannah harap isu pakaian rasmi kontinjen negara tidak berpanjangan
Hannah berharap isu pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan segera menemui titik noktah bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kontinjen negara menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
![KPM siasat kes pelajar perempuan dibuli di Kerian, Perak KPM siasat kes pelajar perempuan dibuli di Kerian, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718869778_tbFadhlinaSidek.jpg)
KPM siasat kes pelajar perempuan dibuli di Kerian, Perak
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berkaitan kes video tular seorang pelajar perempuan dibuli di sebuah sekolah menengah, yang dipercayai di daerah Kerian, Perak.
![Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719317130_DatukHamidinMohdA.jpg)
Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin
Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.
![Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis buka kertas siasatan kes remaja ditampar
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Betong dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719154255_TBManchesterAirport.jpg)
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester berjalan seperti biasa susulan gangguan elektrik
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom dijangka "berjalan seperti biasa" pada Isnin selepas mengalami gangguan bekalan elektrik pada hujung minggu.