Remaja dari Terengganu yang mendapat jolokan 'Budak Kerbau', Muhammad Syukur Khamis, 14, dilaporkan telah dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Sabtu selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya.
Muhammad Syukur dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk berpijak di atas seekor kerbau yang lain.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu membuatkan Muhammad Syukur termuntah sebanyak tiga kali sebelum dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Abangnya Alias Khamis berkata, adiknya itu jatuh ketika sedang jalani sesi fotografi bersama seorang jurugambar dari Pulau Pinang.
Bernama melaporkan, bapanya, Khamis Jusoh, 63, berkata pada awalnya, anak bongsu lapan beradik itu hanya luka di bahagian bahu.
"Muhammad Syukur tidak pula mengadu sakit dan terus aktif sepanjang hari seperti biasa. Malah, beliau sempat mengikut abang-abangnya pergi memancing ikan kira-kira 3.30 petang tadi.
"Pulang memancing, mereka juga sempat singgah di kedai untuk menikmati roti tempayan, namun dalam perjalanan pulang, Muhammad Syukur ada mengadu loya dan terus muntah-muntah. Oleh kerana risau ia simptom akibat insiden terjatuh itu, beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya pada lewat Sabtu malam.
Menurut Khamis, Muhammad Syukur yang sejak kecil telah biasa bersama lebih 100 ekor kerbau peliharaannya tidak pernah terjatuh sebelum ini dan kejadian itu adalah pertama kali berlaku.
Muhammad Syukur mula dikenali selepas aksi mesranya bersama kawanan kerbau dirakamkan jurugambar profesional, selain ditularkan di media sosial.
Selain dipanggil sebagai 'budak kerbau', dia juga mendapat jolokan sebagai Mowgli Malaysia dan 'budak koboi' oleh pengikutnya.
BACA: Dulu hina, ejek saya dengan kakak, kini... - 'Budak koboi'
BACA: Selepas tular, Muhammad Syukur si 'Budak Koboi' terima anugerah murid unggul
Astro Awani
Sat Mar 09 2019

Mohd Syukur mula dikenali selepas aksi mesranya bersama sekawanan kerbau dirakamkan jurugambar profesional, selain ditularkan di media sosial. - Bernama

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal
Bengkel diusahakan bersama abangnya pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.

'Budak Kerbau', Muhammad Syukur, dikejarkan ke hospital setelah jatuh dari kerbau
Remaja dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk berpijak di atas seekor kerbau yang lain.

Dulu hina, ejek saya dengan kakak, kini... - 'Budak koboi'
Ejekan dan penghinaan berubah menjadi sanjungan selepas gambarnya tular di media sosial dan mendapat reaksi positif segenap lapisan masyarakat.