Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan desakan oleh Tawfik Ismail agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibubarkan sebagai kurang sopan dan tidak beradab.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah dengan tegas mengingatkan Tawfik yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman agar segera memohon maaf kerana mempertikaikan kewujudan JAKIM, bagi mengelak implikasi yang negatif kepada beliau.
"Perkasa menggesa agar Tawfik Ismail segera memohon maaf kepada JAKIM dan umat Islam agar tidak berlaku implikasi yang negatif kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, penubuhan JAKIM adalah selari dengan aspirasi dan peruntukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1(4), Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan ikrar Yang DiPertuan Agong mengikut Perkara 37(1) memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam.
Dr Amini berkata, peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memanfaatkan umat Islam dan memberikan kelebihan kepada agama Islam sebagai agama rasmi manakala Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama negara dan para Sultan adalah ketua agama bagi negeri negeri mereka.
"Dengan tegas, Perkasa ingin menyatakan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia sentiasa terpelihara.
"Apabila peranan JAKIM sebagai institusi agama yang paling berautoriti dalam negara ini dipertikaikan, maka ia adalah satu tindakan yang bertentangan dengan aspirasi negara, kerajaan yang memerintah dan umat Islam sendiri.
Tawfik, dipetik sebagai berkata kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini, JAKIM perlu dibubarkan dan umat Islam di Malaysia harus dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan
Shuhami Zabri
Tue Nov 10 2015
Perkasa mengingatkan Tawfik (gambar) yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman agar segera memohon maaf kerana mempertikaikan kewujudan JAKIM. - Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 28 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
Consider This: Ending Violence Against Women (Part 2) — What Will It Take?
Violence against women takes many forms, but one of the most extreme is femicide—the killing of a woman by men’s violence. The patterns of this crime—control, abuse, and escalation—are so alarmingly familiar, that femicide is preventable. How do we do that? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Nazreen Nizam, Acting Executive Director of Women's Aid Organisation,
which is a non-profit dedicated to supporting survivors of gender-based violence and also advocating for societal change and women's rights.
which is a non-profit dedicated to supporting survivors of gender-based violence and also advocating for societal change and women's rights.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
10 Berita Pilihan - (27 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Consider This: Ending Violence Against Women (Part 1) — What Will It Take?
Violence against women takes many forms, but one of the most extreme is femicide—the killing of a woman by men’s violence. The patterns of this crime—control, abuse, and escalation—are so alarmingly familiar, that femicide is preventable. How do we do that? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, criminologist and Deputy Dean of Higher Degree, at Universiti Malaya’s Faculty of Law.
Rusia hantar bantuan kemanusiaan ke-32 untuk Gaza
Wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir kemudiannya akan menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza.
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Reaksi pemimpin dunia terhadap perjanjian gencatan senjata Lubnan
Erdogan pada Rabu menyambut baik perjanjian itu, sambil menyeru semua pihak, terutamanya Israel, untuk mematuhi sepenuhnya tanggungjawab mereka.
AWANI Tonight 27 Nov 2024
#AWANITonight 27 Nov 2024 with Faye Kwan
Armed Forces probing UiTM cadet's death.
Thousands return to Southern Lebanon as ceasefire begins.
#AWANIEnglish #AWANINews
Armed Forces probing UiTM cadet's death.
Thousands return to Southern Lebanon as ceasefire begins.
#AWANIEnglish #AWANINews
Bubar JAKIM: Kenyataan Tawfik, kurang sopan dan tidak beradab - Perkasa
Jangan pertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr Amini Amir Abdullah.