SHAH ALAM: Kebiasaannya gubahan hantaran diperbuat daripada bunga segar atau buah-buahan untuk diletakkan di atas dulang pada hari perkahwinan atau cenderahati dalam majlis korporat.
Namun, Norzinah Mohd Jani, 48, tampil dengan idea tersendiri apabila menggunakan lebih 10 jenis buah-buahan kering dan kekacang seperti kurma, aprikot, mangga, nanas dan buah tin lain untuk dijadikan gubahan di dalam bakul atau pinggan.
Beliau berkata, pada asalnya idea tersebut hanya untuk melariskan jualan buah-buahan kering di kiosnya kerana stok tersebut sukar dihabiskan dalam tempoh lama.
"Pada 2010, saya mendapat idea untuk menjadikan buah-buahan kering sebagai gubahan dalam pinggan dan sejak itu permintaan gubahan tersebut semakin meningkat.
"Kami turut menaik taraf gubahan tersebut kepada pelbagai jenis dan bentuk mengikut permintaan pelanggan. Saya tidak sangka pula makanan (buah-buahan kering dan kekacang) yang kami jual boleh dijadikan sebagai gubahan hantaran," katanya kepada Bernama di kiosnya 'Rimbun Serai' di SACC Mall, di sini.
Norzinah turut memaklumkan gubahan tersebut bukan sahaja cantik kerana gabungan daripada pelbagai jenis buah kering berwarna-warni, malah tahan lebih lama iaitu hingga enam bulan berbanding gubahan menggunakan bunga atau buah segar.
Beliau berkata, bagi memastikan kesegaran gubahan, setiap kepingan buah kering itu dibalut dengan plastik sebelum disusun dalam bentuk yang pelanggan inginkan.
Menurut Norzinah, setakat ini pihaknya menerima hingga 60 tempahan setiap bulan untuk pelbagai jenis acara seperti majlis perkahwinan dan program korporat.
"Kami tetapkan kepada pelanggan supaya mereka perlu membuat tempahan dalam tempoh dua minggu sebelum acara yang mereka akan hadiri.
"Satu gubahan biasanya memerlukan tiga hingga empat orang pekerja dan mengambil masa sejam hingga dua jam untuk disiapkan," katanya yang berniaga sejak 2008.
Norzinah berkata, harga yang ditawarkan untuk gubahannya bermula daripada RM60 hingga RM1,000 bergantung kepada jenis gubahan yang pelanggan mahukan.
"Pelanggan bagaimanapun boleh menempah gubahan mengikut kesesuaian bajet dan cita rasa mereka sendiri. Kita akan cuba mewarnai bakul tersebut, kalau boleh semua buah-buahan kering ada," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Norzinah Mohd Jani, (kiri) menunjukkan gubahan bunga daripada halwa kering yang telah siap di SACC Mall Shah Alam. Gubahan bunga segar atau buah-buahan boleh diletakkan di atas dulang atau bakul. - Gambar BERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.6 juta buat 5,427 pelajar pulang beraya
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 juta bagi membantu 5,427 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Wilayah Persekutuan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa.

Lebih 120 pakar forensik digital, penyiasat jenayah siber bakal sertai Cyber Games 2025
Pertandingan anjuran Malaysia bersama Council of Europe dan Interpol itu, julung kali diadakan di peringkat global.

Polis tahan lelaki tempatan disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Ia susulan laporan polis dibuat oleh seorang individu dua hari lepas, yang mengadu bahawa menerima ugutan bunuh menerusi laman sosial itu.
Pengangkutan dan telekomunikasi ditutup 24 jam
Segala bentuk pengangkutan dan telekomunikasi akan ditutup di Bali selama 24 jam sempena Hari Nyepi.
Datuk Bandar Istanbul nafi dakwaan salah laku
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu yang ditahan, dengan tegas menolak semua dakwaan salah laku terhadapnya ketika protes berhubung siasatan ke atas ahli politik itu terus berlanjutan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Saravanan pertahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman wujud lebih 100 tahun
M Saravanan mempertahankan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India di Kuala Lumpur telah wujud sejak lebih 100 tahun lalu.
KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.

10 beradik Orang Asli sepakat jaga dua anak saudara beragama Islam
Berlainan agama bukan penghalang 10 adik-beradik Orang Asli di sini membesarkan dua anak saudara beragama Islam yang menjadi yatim piatu sejak 2018.
Penduduk bimbang jambatan laluan utama terputus
Susulan sebuah jambatan runtuh di Kota Tinggi, Ketua Kampung Felda Air Tawar Satu, Abdul Rashid A.Samad melahirkan kebimbangan nasib penduduk menjelang Aidilfitri minggu depan.
Malah, dia juga bimbang dengan situasi laluan utama 90 peratus penduduk yang terputus ekoran kepulangan warga kota.
Malah, dia juga bimbang dengan situasi laluan utama 90 peratus penduduk yang terputus ekoran kepulangan warga kota.
Lebih 100 rumah terjejas di Kota Tinggi
Kejadian jam 3.30 pagi itu memerangkap segelintir penduduk dan memusnahkan harta benda, dengan kebanyakan daripada mereka hanya sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing.

Buah kering jadi gubahan hantaran perkahwinan, cenderahati majlis korporat
Lebih 10 jenis buah-buahan kering dan kekacang seperti kurma, aprikot, mangga, nanas dan buah tin dijadikan gubahan.