SHAH ALAM: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira-kira 300,000 Swiss Francs (lebih RM1.2 juta) yang dijangka memanfaatkan lebih 2,000 keluarga yang terkesan banjir di negara ini, baru-baru ini.
Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata pertubuhan itu telah memperoleh bantuan daripada Ibu Pejabat Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan menjadi tanggungjawab BSMM untuk mengagihkannya dalam masa tiga bulan.
"Mereka (mangsa banjir) akan dikenal pasti oleh ahli kita yang akan pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan maklumat kerosakan dan sama ada terdapat dalam kalangan keluarga mangsa banjir tersebut orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan keperluan khas atau sebagainya.
Maklumat ini akan dikenal pasti dan dikumpul, dijangkakan 2,000 keluarga (yang terlibat dengan banjir) akan menerima sedikit wang dari Geneva," katanya kepada pemberita semasa Program Bantuan Pascabanjir BSMM Selangor di sini, hari ini.
Pada program itu sebanyak 130 keluarga yang terjejas banjir pada Disember lepas menerima agihan bantuan bernilai RM322 setiap keluarga, berupa barangan antaranya periuk nasi, dapur masak, cerek elektrik, tuala mandi, selimut, tilam dan bantal, membabitkan penyumbang korporat dan individu.
Sementara itu, menurut Tunku Puteri Intan Safinaz selain bantuan dana dari Geneva, BSMM turut menerima sumbangan lain daripada rakyat dan akan diagihkan kepada negeri lain yang turut terbabit dalam banjir.
"Ini adalah amanah yang kita lakukan bagi pihak rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menderma dan memberi sokongan kepada BSMM," katanya.
Bernama
Sun Jan 23 2022

Tunku Puteri Intan Safinaz berkata pertubuhan itu telah memperoleh bantuan daripada Ibu Pejabat IFRC - Gambar fail

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.

BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.

Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat

Kekuatan BSMM kerana kehadiran golongan belia - Tunku Puteri Intan Safinaz
Tunku Puteri Safinaz yang juga Pengerusi Kebangsaan BSMM juga memaklumkan, disebabkan penyertaan ramai belia, pihaknya mempunyai jawatankuasa dan polisi belia yang diaplikasikan di seluruh negara.

BSMM akan agih dana RM1.2 juta dari Geneva
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira-kira 300,000 Swiss Francs (lebih RM1.2 juta)

Malaysia bantu pengumpul dana salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin - Hishammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan kempen untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk bantu barisan hadapan
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Selangor mengalu-alukan penyertaan lebih ramai sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di negeri berkenaan.

Saluran kutipan dana hanya melalui laman web rasmi - BSMM
Sebarang bantuan dan kutipan dana kepada Bulan Sabit Merah Malaysia hanya boleh disalurkan menerusi laman web rasmi untuk sepanjang tahun.

Tunku Puteri Intan Safinaz cipta sejarah wanita pertama terajui BSMM
Mesyuarat Agung BSMM pada 24 Jun lepas bersetuju memilih beliau sebagai Pengerusi Kebangsaan menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman.