Barisan Perpaduan Nasional (BPN) akan menyerahkan memorandum yang mengandungi pandangan dan suara hati orang Melayu berkaitan perpaduan kaum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, September depan.
Pengerusi BPN, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata memorandum itu merangkumi perkara berkaitan ekonomi, politik, agama dan lain-lain.
Katanya, 15 jawatankuasa dilantik untuk menyediakan memorandum berkaitan selain mendengar pandangan orang ramai mengenai perpaduan nasional.
"BPN memutuskan melantik 15 jawatankuasa dengan pecahan lima kluster merangkumi Perlembagaan, ekonomi, politik dan keselamatan, agama dan pendidikan bagi penyediaan memorandum ini," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali kedua BPN di Kelab Sultan Sulaiman, pada Ahad.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor juga bekas menteri Kabinet, Tan Sri Aziz Shamsuddin.
Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas turut dilantik sebagai Pengerusi Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid yang juga bekas Ketua Hakim Negara berkata semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu menghormati perlembagaan negara jika benar mahukan perpaduan nasional tercapai.
Katanya, masalah ketegangan kaum timbul ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak menghormati perlembagaan dan berusaha untuk mengubahnya mengikut selera mereka.
"Masalahnya sekarang ini apabila ada sesetengah pihak begitu berani mencabar Perlembagaan Persekutuan.
"Pihak kami akan cuba cari jalan menyediakan memorandum mengenai pandangan orang Islam-Bumiputera kerana kita nak kekalkan perpaduan," katanya.
Selain itu, BPN juga akan mengalu-alukan cadangan dan pendapat daripada orang ramai mengenai dasar yang perlu ditekankan dalam memorandum.
Selain itu, sebanyak 300 surat jemputan akan dihantar kepada jabatan dan institusi kerajaan bagi meminta mereka mengemukakan cadangan bagi mengukuhkan memorandum.
"Cadangan dalam bentuk memorandum boleh dihantar secara sendri, pos atau emel sebelum 15 Jun ini," katanya.
Bagi mengukuhkan pelaksanaan itu, sekretariat BPN juga akan menganjurkan dialog awam di beberapa negara seperti Johor, Kedah, Terengganu dan Sabah.
BPN ditubuhkan atasa inisiatif Perkasa sebagai alternatif kepada Majlis Kosultasi Perpaduan Negara (MPKN).
Irwan Muhammad Zain
Sun May 04 2014

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. --gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

BPN akan kemuka Memorandum Perpaduan Nasional kepada kerajaan
Pengerusi BPN, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata memorandum itu merangkumi perkara berkaitan ekonomi, politik, agama dan lain-lain.