Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas dia mengaku bersalah membawa muatan melebihi had yang dibenarkan oleh lesen bot berkenaan.
Sharezza Salian, 26, yang tidak diwakili peguam dan enggan melantik peguam untuk mewakilinya, mengaku melakukan kesalahan itu di jeti Pondok Hentian Rehat di Lorong Tun Mustapha, Kampung Tanjung Aru Lama, pada 28 Jan lalu, kira-kira jam 9.15 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan dibaca menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sharezza memberitahu mahkamah bahawa semasa kejadian, bot yang dikendalikannya membawa 28 penumpang melebihi had 12 penumpang yang dibenarkan.
Dalam rayuannya, Sharezza memberitahu mahkmamah dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan daripada keluarga yang susah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Aida Fatimah Abd Jabar yang memohon agar hukuman maksimum dikenakan ke atas tertuduh, berkata kesalahan Sharezza melibatkan kepentingan awam dan hukuman perlu mengambil kira faktor berkenaan melebih kepentingan tertuduh.
Katanya hukuman maksimum itu juga perlu sebagai pengajaran kepada pengendali bot pelancong yang lain agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang semata-mata kerana tamakkan keuntungan.
Sementara itu, Ainul Shahrin menetapkan 6 Feb ini untuk sebutan semula kes pemilik syarikat bot karam jenis katamaran yang tuduh bersama dengan Sharezza mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan selepas tertuduh gagal memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan Leong Vin Jee, 43, yang diwakili peguam Edward Paul, dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 yang didepositkan sepenuhnya dengan seorang penjamin tempatan manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
Setakat ini 22 mangsa dijumpai selamat dan tiga mati.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
![Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485698022_Catamaran.jpg)
Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan. - Gambar fail
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485758691_DatukRamliDin.jpg)
Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini
Empat pelancong daripada 20 yang terselamat tragedi bot katamaran karam di perairan Sabah 28 Jan lepas kembali ke China pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
![Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485698022_Catamaran.jpg)
Bot pelancong karam di Sabah: Tekong dipenjara enam bulan
Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen.
![Mangsa bot karam dirawat di hospital - Pengarah Kesihatan Sabah Mangsa bot karam dirawat di hospital - Pengarah Kesihatan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485861293_MusaAman.jpg)
Mangsa bot karam dirawat di hospital - Pengarah Kesihatan Sabah
Kesemua 20 pelancong China yang terselamat dalam tragedi bot pelancong karam pada 28 Jan lalu masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di sini.
![Bot karam: Objek putih terapung dikesan di perairan Labuan Bot karam: Objek putih terapung dikesan di perairan Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41485947166_SARMengalum.jpg)
Bot karam: Objek putih terapung dikesan di perairan Labuan
Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam mangsa bot karam yang masih hilang di Sabah, mengesan satu objek berwarna putih terapung di kawasan perairan Semarang, Labuan.
![Jabatan Laut tubuh pasukan khas siasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum Jabatan Laut tubuh pasukan khas siasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485753293_SARboat.jpg)
Jabatan Laut tubuh pasukan khas siasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum
Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat tragedi bot karam di Pulau Mengalum, Kota Kinabalu, Sabah, Sabtu lalu.
![Tragedi katamaran: Harapkan keajaiban temui mangsa dalam keadaan hidup Tragedi katamaran: Harapkan keajaiban temui mangsa dalam keadaan hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41485947166_SARMengalum.jpg)
Tragedi katamaran: "Harapkan keajaiban temui mangsa dalam keadaan hidup"
Agensi mencari dan menyelamat mengharapkan keajaiban untuk menemui enam lagi mangsa bot karam di kawasan perairan Pulau Mengalum dalam keadaan hidup, jika mereka masih gagal ditemui hari ini.
![Mangsa tragedi katamaran akan dirawat seminggu lagi - Pengarah QEH1 Mangsa tragedi katamaran akan dirawat seminggu lagi - Pengarah QEH1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485861293_MusaAman.jpg)
Mangsa tragedi katamaran akan dirawat seminggu lagi - Pengarah QEH1
Semua 20 pelancong China yang diselamatkan dalam tragedi bot karam Sabtu lalu dijangka dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.
![Kebanyakan mangsa bot karam masih trauma - Polis Kebanyakan mangsa bot karam masih trauma - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485758691_DatukRamliDin.jpg)
Kebanyakan mangsa bot karam masih trauma - Polis
Kebanyakan mangsa bot pelancong jenis katamaran, yang karam di perairan Sabah pada Sabtu lepas, masih mengalami trauma, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
![Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485758691_DatukRamliDin.jpg)
Bot karam: Tiga termasuk pemilik katamaran ditahan
Tiga termasuk pemilik bot pelancong katamaran yang karam ketika membawa pelancong China ke Pulau Mengalum ditahan polis petang ini.