KUANTAN: Sebanyak 8,000 penjawat awam Pahang menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu setengah bulan gaji dengan pembayaran akan dibuat menerusi dua transkasi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, bayaran sebanyak satu bulan gaji akan dikreditkan pada tahun ini manakala bakinya dibayar pada Januari 2023, dengan pemberian 'bonus' itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM33 juta.
"(Bantuan ini) adalah sebagai penghargaan selain kerajaan negeri tidak pernah melupakan jasa serta komitmen penjawat awam Pahang dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai," katanya semasa membentangkan Belanjawan Pahang 2023 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Pada pembentangan belanjawan bertemakan 'Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera' itu, Wan Rosdy juga memaklumkan kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.027 bilion setakat 6 Okt lepas, yang disifatkan 'pencapaian sangat dibanggakan' kerana julung kalinya angka tersebut dicapai.
Hasil yang diperoleh itu, menurut Wan Rosdy wajar dikembalikan kepada rakyat dengan kerajaan negeri menggariskan lapan inisiatif utama berkaitan kebajikan dan keperluan rakyat seperti perumahan supaya semua penduduk dapat memiliki kediaman sendiri.
Selain meneruskan inisiatif perumahan sedia ada, kerajaan negeri akan melaksanakan Projek Rumah Mesra Pahang (RMP) tahun hadapan yang menawarkan diskaun 20 peratus daripada RM75,000 harga rumah, selain mengekalkan harga jualan Rumah Makmur Pahang dan Rumah PR1MA Pahang walaupun berlaku kenaikan harga bahan binaan.
Kerajaan negeri juga bersetuju mengambil alih usaha membaik pulih 10 tapak projek Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terbengkalai, menerusi usahasama pemaju swasta dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) melibatkan 1,850 unit rumah dengan harga RM125,000 seunit.
Bagi kebajikan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), antara inisiatif akan dilaksanakan ialah Program Khidmat Bantu di Rumah dengan peruntukan RM1 juta, mewujudkan Geran Pembangunan dan Insentif Khas OKU Negeri (RM850,000), mewujudkan program khusus bersama institusi pengajian tinggi negeri untuk golongan OKU (RM1 juta) dan pembelian al-Quran Braille (RM1.2 juta).
"Sumbangan one-off sebanyak RM250 akan diberikan kepada 300 penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sebagai penghargaan kepada mereka yang memikul tanggungjawab besar itu," katanya.
Wan Rosdy berkata Pusat Pengembangan Keusahawanan Wanita Pahang juga akan diwujudkan di Kuantan, Maran, Temerloh dan Lipis dengan peruntukan RM1 juta, selain perkhidmatan ujian mamogram percuma diberikan kepada 6,000 wanita B40 dan M40 serta peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kemiskinan haid remaja wanita.
Wan Rosdy berkata sebanyak RM12.32 juta telah diperuntukan bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Pahang pada tahun ini, dengan lebih banyak perancangan akan dilaksanakan tahun depan antaranya RM7.5 juta untuk menyediakan rumah, pelaksanaan projek pembekalan air ke 33 kampung Orang Asli (RM1 juta), naik taraf kampung (RM1.21 juta) dan baik pulih rumah (RM1.5 juta).
"Insentif Perkahwinan Pertama diperluaskan kepada golongan Orang Asli dengan setiap pasangan menerima sagu hati RM300. Program PEDULI Orang Asli akan diperkenalkan pada 2023 melibatkan peruntukan RM200,000 yang menyasarkan 50 peratus daripada keseluruhan pelajar Orang Asli dibantu menyambung pengajian ke peringkat universiti," katanya.
Selain itu, Wan Rosdy juga mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi pelaksanaan Program Berkhatan Anak Pahang kepada 3,500 kanak-kanak daripada golongan B40 berusia bawah 12 tahun, selain peruntukan RM42.4 juta diberikan untuk pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang 2023 yang akan memanfaatkan lebih 200,000 penerima. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Sebanyak 8,000 penjawat awam Pahang menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu setengah bulan gaji dengan pembayaran akan dibuat menerusi dua transkasi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Bonus sebulan setengah gaji buat penjawat awam Pahang - MB
Bayaran satu bulan gaji akan dikreditkan pada tahun ini manakala bakinya dibayar pada Januari 2023.