Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Jumaat ini menafikan kerajaan negeri mengagihkan Bonus Rakyat 1 Kedah (BR1K) sebanyak RM750 seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial baru-baru ini.
Katanya, beliau mendapat banyak pertanyaan mengenai kesahihan berita itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
"Bagi saya mesej 'nakal' itu datang daripada pihak yang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan yang ditadbir baik oleh Barisan Nasional (BN) pada masa ini," katanya menerusi kenyataan semalam.
Mesej berkenaan menyatakan kononnya Ahmad Bashah melancarkan BR1K bagi membantu rakyat negeri ini menyambut Ramadan dan ia hanya boleh dimohon oleh rakyat Kedah yang berumur di antara 16 hingga 55 tahun secara dalam talian.
Ahmad Bashah berkata golongan tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan kesucian Ramadan semata-mata untuk membuat serangan politik kerana mahu memburukkkan imejnya dan BN.
--BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
AHMAD BASHAH: Mesej 'nakal' itu datang daripada pihak yang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Bonus Rakyat 1 Kedah tidak wujud, hanya mesej nakal - Ahmad Bashah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan kerajaan negeri mengagihkan Bonus Rakyat 1 Kedah (BR1K) sebanyak RM750 seperti yang ditular.