Wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' bersama suaminya, yang dipercayai merancang untuk menganjurkan majlis penganugerahan darjah kebesaran di Sungai Rambai, Jasin, Sabtu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata pasangan berusia 40-an itu direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf itu.
"Pasangan itu dibebaskan tetapi siasatan terhadap kes tersebut masih dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.
BACA: 21 ADUN BN ditawar kurniaan pingat kebesaran 'Bonda Ratu'
BACA: Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'
Polis menahan pasangan itu di kediaman mereka di Sungai Rambai pada kira-kira 2 petang Khamis lepas selepas menerima laporan orang ramai yang menerima jemputan ke majlis 'Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti'.
Pasangan itu mendakwa mereka adalah pewaris takhta Kesultanan Melayu Melaka.
Bernama
Mon Jan 11 2016

Polis menahan pasangan itu di kediaman mereka di Sungai Rambai pada kira-kira 2 petang Khamis lepas selepas menerima laporan orang ramai. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron
Enakmen yang akan dipinda juga merangkumi penggunaan lambang, nama dan darjah kebesaran bagi mencegah penyalahgunaannya.

'Bonda Ratu' dibebas dengan jaminan polis
Pasangan berusia 40-an itu direman selama empat hari bermula Jumaat lepas bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf itu.

Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'
Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'Bonda Ratu' ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf.