Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan mencabul seorang wanita.
Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Abdullah Muda, 61, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 39 tahun di kedai di Chabang Tiga di sini kira-kira jam 4 petang pada 30 Oktober 2016.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Hisham Nazir.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa dicabul seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan mengeluarkan gangguan makhluk halus.
Tertuduh dari Marang itu dikatakan meraba kemaluan dan menghisap serta meraba payu dara mangsa ketika menjalankan rawatan ke atas mangsa.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di kedai miliknya sebelum didatangi tertuduh yang memaklumkan mahu memandikan mangsa menggunakan daun bidara sebagai susulan rawatan yang pernah dibuatnya sebelum itu.
Astro Awani
Sun Oct 07 2018
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 39 tahun di kedai di Chabang Tiga di sini kira-kira jam 4 petang pada 30 Oktober 2016.
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Suk Yeol tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol tidak akan menghadiri sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya minggu ini atas faktor keselamatan.
Polis Belanda tahan ratusan aktivis perubahan iklim
Polis Belanda menahan ratusan aktivis iklim selain terpaksa menggunakan dua meriam air untuk menyuraikan protes yang menyekat jalan raya utama ke bandar itu selama beberapa jam.
Situasi terus merebak ke kejiranan lain
Kebakaran hutan terbesar di Los Angeles sejak Jumaat mula merebak ke kawasan kejiranan yang sebelum ini terselamat, memaksa operasi pemindahan baharu dijalankan, sekali gus memalapkan harapan bahawa bencana itu dapat dikawal.
20 cedera, dua tram komuter bertembung
Menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, keadaan dan identiti mangsa masih lagi belum dapat disahkan.
Enam maut dalam letupan restoran di Republik Czech
Seramai enam orang maut dan lapan lagi cedera dalam letupan yang menyebabkan kebakaran di sebuah restoran di Republik Czech pada malam Sabtu.
Menurut saksi, kejadian berlaku apabila sebuah pemanas gas terbalik menyebabkan silinder propana yang digunakan meletup.
Menurut saksi, kejadian berlaku apabila sebuah pemanas gas terbalik menyebabkan silinder propana yang digunakan meletup.
Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.
Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Januari.
Tiga suspek tawar kelulusan LKP disambung reman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung reman dua pemilik syarikat dan seorang kakitangan agensi sebuah kementerian kerana terbabit rasuah isu surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP).
Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Januari ini terhadap terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.
Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Januari ini terhadap terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.
Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya
Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya penyertaan lebih ramai pemain warisan tidak akan menutup impian pemain muda untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa depan.
Bomoh dipenjara, cabul mangsa kononnya halau makhluk halus
Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan mencabul seorang wanita.