KLUANG: Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas selepas tersesat ketika mendaki Gunung Lambak, dekat sini pada petang Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Saiful Fadly Karim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.24 petang.
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti van dikejarkan ke tempat kejadian.
"Tiga mangsa berkenaan yang merupakan satu keluarga telah sesat beberapa jam semasa mendaki Gunung Lambak.
"Pencarian dilakukan pihak bomba bersama agensi lain dengan dibahagi kepada dua kumpulan.
"Pasukan penyelamat mengesan lokasi terkini mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp pada jarak kira-kira 400 meter dari kaki gunung.
"Mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, Loh Yeok Keong, 56, wanita dewasa, Lok Siew Koon, 53, dan kanak-kanak lelaki, Lok Hong Sheng,12, dijumpai dalam keadaan yang selamat pada jam 11 malam tadi pada jarak kira-kira 500 meter dari Basecamp Talula Hill Resort," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pihak bomba memeriksa keadaan mangsa dan membawa turun mereka ke 'base camp' sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambah Saiful Fadly, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tamat pada jam 12.23 tengah malam. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023

Anggota bomba menyelamat tiga beranak yang tersesat ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pendakian santai di Gunung Lambak tarikan pendaki pelbagai lapisan umur
Hanya berketinggian 510 meter dari paras laut, tidak hairan lokasi itu menjadi tumpuan ramai pada musim cuti untuk penganjuran aktiviti lasak.

Bomba selamatkan tiga beranak sesat di Gunung Lambak
Pasukan penyelamat mengesan lokasi terkini mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp pada jarak kira-kira 400 meter dari kaki gunung.

Pendaki ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Lambak
Seorang pendaki yang mendaki bersendirian ditemui tidak sedarkan diri di puncak Gunung Lambak di sini, disahkan meninggal dunia, tengah hari tadi.

Dua warga emas daki Gunung Lambak ditahan ingkar PKP
Tindakan dua lelaki warga emas mendaki Gunung Lambak dekat Kluang petang semalam membawa padah, apabila kedua-duanya ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bomba selamatkan bapa, tiga anak sesat di Gunung Lambak
Bomba menerima maklumat kejadian pada 7.23 malam dan tujuh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat kemudian menemukan kesemua mereka pada 8.24 malam.