Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir 30 minit dalam kereta ibunya di sebuah stesen minyak berhampiran Bangunan Kastam Johor Bahru di sini, awal pagi semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Zulkarnain Arifin berkata seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua Motosikal Gerak Cepat (RIM) bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.03 pagi.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terperangkap dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Ketika kejadian, ibu kepada mangsa telah keluar membeli makanan di lokasi kejadian dan meninggalkan mangsa di dalam kereta dalam keadaan enjin kereta hidup dan kereta terkunci dari dalam secara tiba-tiba," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya orang awam dan ibu mangsa cuba membuka pintu kereta berkenaan sementara menunggu bomba tiba namun gagal.
Beliau berkata pihak bomba mengambil masa sekitar tiga hingga lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta tersebut yang akhirnya berjaya dibuka pada 8.18 pagi dan mangsa berada dalam keadaan menangis.
Dalam kejadian berasingan, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan terperangkap di dalam sebuah kereta selama hampir 30 minit di Pejabat Hartabina, Bangunan S53, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dekat Skudai awal Rabu.
Komander Operasi Balai Bomba Skudai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Faisal Ismail berkata seramai 11 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.17 pagi.
"Setibanya PKO di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang bayi terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford," katanya.
Beliau berkata ketika kejadian ibu bapa mangsa keluar dari kenderaan untuk ke pejabat dan meninggalkan dua anak mereka termasuk mangsa dalam kereta itu.
Katanya selepas itu abang mangsa turut keluar dari kereta dan mangsa masih berada di dalam kenderaan itu apabila secara tiba-tiba pintu kereta tersebut tertutup dan terkunci.
"Ibu bapa mangsa kemudian terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan oleh bomba kira-kira pukul 8.29 pagi dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada ahli keluarga," katanya lagi.
--BERNAMA
Tag: Bomba, Terperangkap, bayi, kanak-kanak, kereta
Bernama
Wed Feb 05 2020

Bomba mengambil masa sekitar tiga hingga lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta tersebut yang akhirnya berjaya dibuka pada 8.18 pagi dan mangsa berada dalam keadaan menangis.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tahan wanita disyaki buang bayi di perhentian bas
Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Sepasang kekasih ditahan sembunyikan kelahiran, kematian bayi
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang pesakit yang telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.

Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.

Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

Pengasuh didakwa aniaya bayi tiga bulan
Tertuduh, Monsinah Sapari, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.