Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Shahrizal Shamsudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.55 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota dan sebuah jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.
Beliau berkata mangsa, Nurpatah, 49, tertimbus tanah hingga ke paras dada ketika menggali lubang manhole sedalam dua meter itu.
"Bomba yang tiba di lokasi pada 11.59 pagi segera melakukan kerja penyelamatan. Anggota telah menggunakan tali, penyodok dan penggali tanah bagi mengeluarkan mangsa.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi dan dalam keadaan selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun enggan dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)