MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperluaskan pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Safety Water And Rescue Team (PBB SWART) ke empat negeri yang berisiko dilanda banjir besar pada musim tengkujuh dan mempunyai kadar kes lemas yang tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata proses pengambilan yang tertangguh ekoran pandemik COVID-19 itu, dijangka diadakan semula tahun hadapan melibatkan Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
"Buat masa ini penubuhan PBB SWART hanya melibatkan Kelantan iaitu di Pantai Tok Bali dan Terengganu iaitu di kawasan pantai di Kuala Nerus serta Dungun.
"Kedua-dua negeri mempunyai 12 pegawai PBB SWART dan negeri-negeri ini dipilih kerana mencatatkan angka kematian tertinggi kes mati lemas," katanya kepada pemberita di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, di Wakaf Tapai di sini, hari ini.
Abdul Wahab berkata pelantikan pegawai PBB SWART melibatkan proses temu duga serta latihan asas dan mereka yang terpilih akan menerima elaun mengikut jam.
BOMBA-PBB SWART 2 (AKHIR) MARANG
Katanya anggota pasukan itu berperanan memberi teguran atau amaran kepada pengunjung pantai dan kawasan rekreasi, sekiranya berlaku keadaan ombak besar.
Pasukan yang ditubuhkan sejak November tahun lepas itu juga bertanggungjawab mengingatkan penduduk sekiranya sesuatu lokasi itu dikenal pasti zon bahaya pada musim tengkujuh, katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata pihak bomba telah mengenal pasti 17 lokasi di seluruh negara membabitkan pantai, air terjun, tasik dan lombong, yang berisiko berlakunya fenomena kepala air dan ombak besar yang boleh meragut nyawa.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan masyarakat supaya tidak alpa meskipun diberi kebenaran melakukan aktiviti riadah di pusat-pusat rekreasi dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta keluarga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (kiri) melakukan pemeriksaan peralatan bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Jepun yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
Key trends and challenges from 2024, insights for 2025
Dive into the pivotal trends that shaped Malaysia's property market in 2024 and uncover expert insights for navigating the challenges and opportunities of 2025 with Sr Sulaiman Saheh, Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd. Discover the surprising trends that shaped the past year and get expert predictions for 2025. From market dynamics and affordability to sustainability and foreign investment, this interview covers all the critical insights you need to navigate the property landscape.
AWANI Pagi: Garis panduan pastikan konsert bebas dadah
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, melihat isu keselamatan, kesedaran dan penguatkuasaan berhubung garis panduan untuk memastikan penganjuran konsert bebas dadah.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Bomba perluas pengambilan pegawai PBB SWART tahun depan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperluaskan pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Safety Water And Rescue Team (PBB SWART).