KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menubuhkan satu task force Ops Sri PA, untuk memeriksa keselamatan kebakaran ke atas 122 blok perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang berusia lebih 30 tahun.
Pengarah JBPM Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul berkata seramai 70 pegawai bomba dengan kerjasama pihak penyelenggaraan DBKL, dibahagikan kepada tujuh kumpulan untuk memeriksa empat zon melibatkan 24 perumahan awam.
"Selain Perumahan Awam Sri Sabah 3A dan 3B, bomba turut mengenal pasti perumahan awam lain seperti Sri Melaka dan Sri Sarawak, serta beberapa lagi.
"Sebarang penemuan atau kelemahan yang ditemui akan dimaklumkan serta tindakan segera akan diambil oleh pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan task force Ops Sri PA, di pekarangan Perumahan Awam Sri Sabah di sini semalam.
Muhammad Salleh berkata tempoh pelaksanaan pasukan petugas ini selama lima hari bermula semalam hingga 29 Feb dengan objektif utamanya memastikan perumahan awam memenuhi keperluan minimum keselamatan kebakaran.
"Kita juga mahu memastikan sistem pepasangan keselamatan kebakaran sedia ada berfungsi dan berada dalam keadaan baik, serta penambahbaikan dalam aspek keselamatan kebakaran berdasarkan peruntukan undang-undang semasa.
"Penubuhan pasukan petugas ini juga, sebenarnya rentetan daripada insiden kebakaran yang berlaku melibatkan lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Perumahan Awam Sri Sabah pada 11 Feb, selain merangka tindakan proaktif bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Salleh berkata laporan forensik bomba berkaitan kejadian kebakaran di perumahan awam itu telah siap dan akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.
"Laporan itu sudah siap, cuma kita akan maklum secara rasmi nanti kepada pihak media, (kerana) perlu bentang pada jawatankuasa terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
![Bomba KL tubuh pasukan petugas periksa perumahan awam Bomba KL tubuh pasukan petugas periksa perumahan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708605931_TBSallehAbdul.jpg)
Muhammad Salleh menyertai demonstrasi kebakaran selepas pelancaran pelaksanaan task force 'Ops Sri PA' di pekarangan Perumahan Awam Sri Sabah, di Kuala Lumpur, 22 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
UNIMAS dalam proses akhir lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi
Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit menjelaskan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bermatlamat membentuk warga unimas berintegriti dan mematuhi etika dalam segala aspek tatakelola sekali gus mengurangkan risiko salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
![Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738837168_SheikhHasina.jpg)
Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Februari 2025
1️⃣ Seorang lagi PATI yang cedera disahkan meninggal dunia
2️⃣ Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih - saksi
3️⃣ Tiga penjawat awam antara lima ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Seorang lagi PATI yang cedera disahkan meninggal dunia
2️⃣ Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih - saksi
3️⃣ Tiga penjawat awam antara lima ditahan
#awaniringkas
![Bomba KL tubuh pasukan petugas periksa perumahan awam Bomba KL tubuh pasukan petugas periksa perumahan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708605931_TBSallehAbdul.jpg)
Bomba KL tubuh pasukan petugas periksa perumahan awam
Seramai 70 pegawai bomba dibahagikan kepada tujuh kumpulan untuk memeriksa empat zon melibatkan 24 perumahan awam.