JENAYAH rasuah dalam apa-apa bentuk sekali pun perlu dibenteras dengan serius oleh semua pihak. Jenayah rasuah dalam apa-apa bentuk sekali pun tidak boleh dibiarkan berlaku dalam negara kita sekiranya kita ingin menjadikan negara kita sebuah negara yang bebas daripada jenayah rasuah. Pihak kerajaan khususnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) boleh memberi pertimbangan untuk mengkaji dengan terperinci serta memberi pertimbangan untuk jadikan amalan bodek-membodek bagi mendapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah dan boleh didakwa dibawah mana-mana peruntukkan undang-undang yang berkaitan dengan rasuah yang ada dalam negara kita.
Apa itu rasuah? Mengikut takrifan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan disini selalunya terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Masalah sekarang suapan disini selalunya difahami oleh orang ramai sebagai perkara yang melibatkan pertukaran wang atau benda-benda yang berharga, nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar seperti wang, hadiah, kontrak, harta benda dan lain-lain lagi.
Mengikut takrifan suapan di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 [Akta 694] pula suapan ertinya (a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; (b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;(d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; (e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; (f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan (g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f). Menurut takrifan yang diberikan ini jelas kepada kita bahawa secara umumnya suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta/menerima rasuah (Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009), menawar/memberi suapan (Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 Akta SPRM 2009) dan menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009).
Tidak ada status jelas mengenai amalan bodek-membodek untuk dapatkan sesuatu sebagai sebahagian daripada suapan atau pun rasuah. Bagi menjadi amalan bodek-membodek untuk mendapatkan sesuatu ini sebagai sebahagian daripada jenayah rasuah, pindaan perlu dilakukan terhadap segala peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Akta 2009 [Akta SPRM 694] dengan meletakkan kesalahan bodek-membodek itu sendiri dengan lebih jelas supaya isu ini dapat difahami dengan lebih baik dan diatasi dengan lebih sempurna dalam negara kita.
Perlu diketahui amalan bodek-membodek untuk mendapat sesuatu patut juga dijadikan sebahagian daripada jenayah rasuah kerana walaupun ia tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barangan tertentu seperti wang, hadiah, kontrak, harta benda dan lain-lain lagi untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan, amalan bodek-membodek juga sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti jenayah rasuah. Jika seseorang itu diberikan sesuatu sebagai balasan atas usaha bodek-membodek yang dilakukannya terhadap mana-mana pihak yang berkepentingan sedangkan mereka memang tidak layak untuk memiliki balasan terbabit sudah pasti ia akan memberi impak atau kesan buruk pada organisasi yang terlibat, kesan buruk kepada masyarakat serta kesan buruk kepada negara secara keseluruhannya. Kesan buruk bodek-membodek ini juga boleh menimpa kepada diri orang yang dibodek di mana mereka yang dibodek ini akan sentiasa hidup dalam dunia khayalan atau fantasi mereka sendiri akibat sentiasa dibodek oleh pembodek.
Sekiranya kita membendung amalan bodek-membodek ini ia boleh mengundang persepsi negatif di kalangan orang ramai yang akan beranggapan amalan bodek-membodek ini menjadi satu kemestian untuk dilakukan oleh mereka dalam negara kita untuk mendapatkan sesuatu daripada mana-mana pihak yang berkepentingan tanpa perlu melibatkan keringat tenaga dan usaha. Sekiranya perkara ini tidak dihentikan dari sekarang nescaya amalan bodek-membodek ini akan menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat kita serta akan merosakkan imej negara kita di mata dunia. Oleh yang demikian adalah penting supaya pihak kerjaaan melalui pihak-pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi amalan bodek-membodek ini dalam negara kita. Sudah sampai masanya kita melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki integriti yang tinggi serta akhlak yang baik. Cadangan ini boleh dibawa terus kepada pihak SPRM atau pihak GIACC untuk kajian dan penelitian lanjut serta dijadikan sebahagian daripada usaha atau agenda untuk memerangi segala bentuk kesalahan atau jenayah rasuah dalam negara kita.
* Penulis merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Thu Jan 28 2021
Sekiranya tidak dihentikan dari sekarang, nescaya amalan bodek-membodek akan menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat serta merosakkan imej negara di mata dunia.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan
RUU itu akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.